Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Ozil Idam Jersi Nombor...

LONDON - Mesut Ozil memberi gambaran dia mahu menjadi pemain utama Arsenal -...

3 Lelaki Bebas Tuduhan...

PUTRAJAYA - Tiga lelaki terselamat daripada tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan di sini,...

Segelintir Peniaga Masih Belum...

KUALA LUMPUR - Ada peniaga didapati masih belum menukar sepenuhnya tanda harga pada...

Apple Untung Besar Didorong...

SAN FRANCISCO - Apple Inc mencatat rekod baharu dengan untung sebanyak AS$18 bilion...

Najib Menang Ketua UMNO Bahagian Pekan

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah antara 74 Ketua Bahagian yang diumum menang tanpa bertanding pada Pemilihan UMNO Bahagian kali ini.

Najib yang juga bekas Perdana Menteri dan anggota Parlimen Pekan mengekalkan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Pekan tanpa pencabar.

Selain Najib, Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menang tanpa bertanding masing-masing di Bahagian Bagan Datuk dan Sembrong.

Beberapa lagi ‘heavy weight’ pemimpin UMNO turut menang tanpa bertanding di bahagian masing-masing antaranya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Putrajaya, Datuk Seri Azalina Othman (Pengerang), Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Jerai), Datuk Seri Anifah Aman (Kimanis) dan Tan Sri Noh Omar (Tanjong Karang).

Selain itu, Datuk Seri Mustapa Mohamed di Jeli, Datuk Seri Ismail Sabri (Bera), Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap), Tan Sri Annuar Musa (Ketereh), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang) dan Datuk Bung Moktar (Kinabatangan).

Keputusan diumumkan malam ini oleh Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh yang turut menang tanpa bertanding di Bahagian Masjid Tanah.


Pemilihan UMNO bahagian akan berlangsung 30 Jun ini, manakala pemilihan Sayap UMNO di peringkat bahagian dan pusat berlangsung hari ini selepas mesyuarat perwakilan di kesemua 191 bahagian diadakan serentak bermula 9 pagi tadi.

Mengenai pemilihan sayap UMNO peringkat pusat, Ab Rauf berkata setakat 9 malam tadi sebanyak 35 peratus undian dari kesemua bahagian telah diterima ibu pejabat UMNO dan beliau menjangkakan sekurang-kurangnya jumlah itu mencecah 60 peratus pada tengah malam ini. – BERNAMA

Kategori