Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Ribuan Ikan Mati Di...

NIBONG TEBAL - Ribuan ikan mati dan terapung di sepanjang Sungai Changkat hingga...

Skim Pembayaran Akhir Khas...

KUALA LUMPUR - Skim pembayaran akhir khas jenis kadar tambah bagi program Perumahan...

Covid-19: Saringan Suhu Badan...

KUALA LUMPUR - Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas...

Title ‘Artis Segera’ Buat...

LAMBAKAN penyanyi dan pelakon baharu sekarang ni membuatkan mereka perlu bersaing antara satu...

Najib Pulang Ke KL Selepas Bercuti Di Langkawi

ALOR SETAR – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta anggota keluarga pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) petang ini.

Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Datuk Ir. Nawawi Ahmad berkata Najib sekeluarga berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada 3.30 petang.

Delay sikit dari jam 3,” katanya ringkas melalui pesanan aplikasi WhatsApp kepada Bernama.

Nawawi berkata beliau bersama anggota jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Langkawi yang lain turut serta menghantar Najib dan keluarga berlepas pulang.

Bekas perdana menteri itu tiba di lapangan terbang itu lebih kurang 8 malam, Sabtu lepas (16 Jun) untuk bercuti di pulau berkenaan.


Ketibaan Najib sekeluarga itu tular di media sosial dengan dakwaan kononnya mereka ingin melarikan diri ke negara mentua anak perempuannya di Almaty, Kazakhstan setelah mereka dilihat membawa 30 beg.

Najib yang kini dalam siasatan pihak berkuasa berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan beberapa kes berkaitan dilarang ke luar negara. – BERNAMA

Kategori