Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

“Tiada Komen,” Kata Nurul...

KUALA LUMPUR - Nurul Izzah Anwar enggan bertemu dengan para media di Parlimen,...

Isu Pencemaran Jejaskan Nelayan...

PONTIAN - Kerajaan akan melakukan semakan semula terhadap status dan tahap isu pencemaran...

Lucu! ‘Pendekar Cangkul’ Jadi...

PASTI ramai yang sudah menonton rakaman video aksi 'pendekar cangkul' yang membelasah seorang...

Lepas Bergelar Datuk, Nassier...

WOW, tak sampai seminggu menerima gelaran Datuk, penyanyi yang terkenal dengan lagu Memori...

Nak Nyala Api Rokok… Sekali Tong Gas Meletup!

TINDAKAN semberono menyalakan pemetik api untuk merokok ketika membawa tong gas petroleum cecair (LPG) yang bocor nyata membawa padah buat seorang lelaki apabila tong gas itu secara tiba-tiba meletup.

Dalam kejadian jam 4.40 petang Jumaat lalu di Jalan Subang Mas, Taman Pinggiran USJ1, Subang Jaya, mangsa berusia 48 tahun melecur teruk pada kedua-dua tangan serta muka.

Manakala kereta jenis Toyota Vios berwarna putih miliknya mengalami kerosakan teruk hampir di seluruh bahagian termasuk di pilar b bahagian penumpang.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Timbalan Penguasa Bomba, Syed Shahril Anuar Syed Sulaiman, tong gas memasak yang meletup itu berada di bahagian ruang kaki tempat duduk penumpang hadapan.

“Lelaki itu dipercayai tidak menyedari berlaku kebocoran pada tong gas yang berada di bahagian hadapan sebelah pemandu.


“Apabila kereta itu sampai di sebuah persimpangan lampu isyarat, magnsa membuka cermin dan menghidupkan rokok dengan menggunakan pemetik api.

“Perbuatan itu akhirnya mencetuskan letupan ekoran gas LPF yang bocor sudah memenuhi ruang kereta.

“Bagaimanapun tiada kebakaran berlaku dalam kenderaan mangsa,” katanya yang dipetik portal NSTP.

Susulan itu mangsa yang melecur di bahagian badan telah dibawa ke Hospital Shah Alam, Selangor untuk menerima rawatan lanjut.

Lelaki itu kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MYNEWSHUB.CC

Kategori