Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Serpihan Di Mauritius, Afrika...

KUALA LUMPUR - Dua serpihan yang ditemui masing-masing di Afrika Selatan dan Pulau...

Sidang Parlimen Hanya Selepas...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat boleh diadakan selepas Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat dipenuhi,...

Perak Menang Pavilion Terbaik...

KUALA LUMPUR - Pavilion Perak diumumkan sebagai pemenang pavilion negeri terbaik sempena Pameran...

Ustaz ‘Loyar Buruk’ Pertikai...

ISU Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menziarahi makam Nabi Muhammad SAW...

Nazim ‘Diganggu’ Peminat Remaja Kirim Foto Seksi

PELAKON Nazim Othman akui berasa terkejut dengan tindakan segelintir netizen remaja yang hantar gambar seksi beserta mesej pelik menerusiĀ  mesej peribadi di laman Instagram miliknya.

Menyifatkan tindakan itu sebagai tidak masuk akal, pemilik nama sebenar Nushrul Alif Othman ini terkedu kerana dilakukan oleh mereka tanpa berfikir panjang apatah lagi dihantar kepada dirinya yang jauh lebih tua usianya.

“Saya tidak tahu nak beri reaksi macam mana apabila baca setiap mesej mereka. Bukan saja budak perempuan, lelaki pun ada. Apa boleh dikatakan, mesej dan gambar dihantar keterlaluan, keji dan menggelikan.

“Bukan itu saja, ada juga dengan selamba ajak saya keluar ‘dating‘ dan macam-macam lagi. Saya buka profil mereka, kebanyakannya masih bersekolah. Apa nak jadi dengan remaja zaman sekarang.

“Mereka bersekolah, tetapi kenapa tidak berfikir dengan baik. Sebaliknya, kecanggihan sedia ada disalah guna dengan melakukan perbuatan yang tidak berfaedah.

“Sedangkan, media sosial ini kalau digunakan dengan cara baik, pasti memberikan banyak faedah,” katanya dipetik Harian MetroĀ bagi mengulasĀ  mengenai status dimuat naik menerusi Instastorynya pada Khamis.


Status dimuat naik Nazim menerusi Instastory miliknya
Status dimuat naik Nazim menerusi Instastory miliknya

Pada masa yang sama, pelakon berusia 34 tahun itu menegaskan bahawa dirinya bukanlah individu yang mudah termakan pujuk rayu dengan ‘melayan’ setiap permintaan netizen terutama perkara tidak masuk akal itu.

“Apabila mengetahui saya solo, mereka mungkin ingin mencuba dan menjangka saya akan layan. Namun, mereka silap sebab saya bukan jenis begitu.

“Saya solo, tetapi tidak boleh dimiliki. Hati sudah terkunci dan kunci pula sudah buang ke laut. Jadi, tidak perlu terlalu mencuba. Pergi cuba orang lain yang lebih kacak,” ujarnya. ā€“Ā MYNEWSHUB.CC

Kategori