Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

PRN: Calon PKR Lambir...

KUCHING - Ketika pembangkang melemparkan tohmahan konon ada calon Barisan Nasional (BN) tidak...

Status FB Biadap: Melayu...

TINDAKAN Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen, mempersoalkan tentang khutbah Jumaat dalam satu...

RUU Suruhanjaya Kanak-Kanak Malaysia...

KUALA LUMPUR : Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Kanak-Kanak Malaysia diharapkan dapat dibentangkan secepat...

Untung Meniaga Baju Raya,...

SEMPENA kedatangan bulan Syawal tidak lama lagi, ramai selebriti mengambil kesempatan menambah duit...

Nur Bawa Tempias, Mathni Mula Curi Tumpuan Ramai

DRAMA Nur sebelum ini telah berjaya mencuri tumpuan rakyat Malaysia apabila terdapat banyak mesej bermutu yang disampaikan oleh pengarahnya.

Disebabkan itu, pelakon tambahan drama berkenaan, Mathni Razak atau nama sebenarnya Ahmad Mathni Ab. Razak turut terkena tempias.

Mathni yang telah membawa watak sebagai Doktor Mukhriz dalam drama tersebut berasa bersyukur apabila drama berkenaan telah membuka peluang kepadanya untuk terus menceburi dunia lakonan dengan lebih serius.

Menurut Mathni, kepercayaan yang diberikan oleh pengarah, Shahrulezad Mohameddin itu turut merupakan satu peluang besar kepadanya bergandingan bersama ramai pelakon hebat yang lain.

“Sebagai orang baharu, saya bertuah sangat mendapat tunjuk ajarnya. Memandangkan pengalaman masih cetek, saya akui agak kekok ketika jalani penggambaran. Alhamdulillah, percubaan itu dapat reaksi positif ramai.

“Masih banyak lagi yang perlu saya pelajari. Saya percaya, bakat boleh diasah dan saya perlukan sedikit masa untuk membuktikan kemampuan sebenar. Syukur kerana Nur membuka ruang baharu dalam kerjaya lakonan saya,” katanya ketika ditemui oleh pihak BH Online.

https://www.instagram.com/p/BjK1cVOAdqY/?taken-by=mathnirazak7

Drama berkenaan turut dibarisi oleh pelakon hebat lain antaranya ialah Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Noorkhiriah, Azhan Rani, Datuk Jalaluddin Hassan, Fatimah Abu Bakar dan Laila Nasir.

Sebelum ini, Mathni telah memulakan kariernya di pentas peragaan sejak lapan tahun lalu dan dia juga pernah berkerjasama dengan Shahrulezad dalam drama Degup Cinta.


“Sebaik mendapat tahu dia menghasilkan Nur, pengurusan cuba merisik peluang untuk saya kembali berlakon di bawah bimbingannya. Mungkin rezeki apabila watak Mukhriz jadi milik saya.

“Sambutan ramai membuatkan saya semakin seronok mencuba bidang lakonan. Sebelum ini, saya tidak begitu serius kerana lebih banyak memberikan perhatian kepada kerjaya peragaan,” ujarnya.

Sekitar tahun 2015 yang lalu, Mathni telah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata yang kini sudah berusia dua tahun.

Sebagai pelakon, Mathni beryukur bahawa isterinya memahami kerjaya dan minatnya yang sangat mendalam terhadap dunia seni.

“Dia sangat menyokong, malah tidak pernah meragui usaha saya meskipun, minat kami berbeza. Doanya itu juga membuatkan saya semakin bersemangat mengatur langkah,” tambahnya lagi. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori