Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Chen Long Dedikasi Kemenangan...

PEMENANG pingat emas perseorangan lelaki badminton Sukan Olimpik Rio 2016, Chen Long mendedikasikan...

Video: Gila… Lelaki Dibakar...

MANUSIA moden mungkin semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan kewarasan akal dalam...

Jabatan Meteorologi Siap Sedia...

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia bersiap sedia melakukan pembenihan awan sekiranya bacaan...

Wanita Digigit & Dipukul...

SEORANG wanita mengalami ketakutan seumur hidup selepas bekas kekasihnya yang cemburu telah memukul dan...

Op Selamat: 7 Kemalangan Maut Di Terengganu

KUALA NERUS – Sebanyak tujuh kes kemalangan maut membabitkan lapan kematian direkodkan di negeri ini sepanjang empat hari pelaksanaan Op Selamat 13 yang bermula 8 Jun lepas, kata Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail.

Katanya walaupun jumlah kemalangan menurun daripada 163 kes pada 2017 kepada 143 kes bagi tempoh sama tahun ini, jumlah kematian meningkat sekali ganda iaitu daripada empat kepada lapan kes.

“Sejak Op Selamat dilancarkan, sebanyak tujuh kemalangan maut berlaku dengan lapan kematian berbanding hanya empat kes kematian tahun lepas. Oleh itu saya nasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati dan berhemah ketika memandu.

“Sila patuhi peraturan jalan raya dan peka dengan arahan yang dikeluarkan oleh pegawai lalu lintas bagi menjaga keselamatan anda dan keluarga ketika berada di jalan raya. Dalam tempoh seminggu sebelum dan selepas raya kenderaan sangat banyak dan risiko berlaku kemalangan amat tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Hari Raya Puasa peringkat negeri Terengganu di Plaza Tol Gemuruh petang semalam.

Pelancaran kempen tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat. Turut hadir Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu Abdul Rahman Emang Anyie.

Menurut Aidi lagi, dalam tempoh itu juga sebanyak 4,966 saman atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan kepada pesalah trafik di seluruh negeri berbanding 3,277 saman bagi tempoh sama tahun lepas.


Katanya, kesalahan paling banyak dilakukan ialah memandu melebihi had laju dan melanggar isyarat lalu lintas yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

“Seramai 58 pegawai dan 362 anggota dari bahagian trafik dan jenayah telah ditugaskan tahun ini untuk memantau dan menjaga keselamatan orang ramai.

“Fokus polis untuk menurunkan kadar kemalangan kepada lima peratus di samping memberi lebih tumpuan kepada kawasan ‘black spot’, menyuraikan kesesakan aliran trafik, mengurangkan kes pecah rumah dan operasi khas enam kesalahan utama yang sering menjadi punca kemalangan jalan raya.

“Bagi aliran trafik, polis menjangkakan berlaku kesesakan di bandar Chukai (Kemaman), Jalan Tengku Mizan (Kuala Nerus), Jambatan Sultan Mahmud (Kuala Terengganu), Plaza Tol Gemuruh, pekan Jertih (Besut), persimpangan Batangan (Marang), persimpangan Chalok dan bandar Permaisuri (Setiu) serta bandar Dungun (Dungun),” katanya. – BERNAMA

Kategori