Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Lion Air: Objek Dipercayai...

JAKARTA - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) tragedi pesawat Lion Air yang terhempas...

Responden Dakwa Kajian CPI...

Tindakan Centre of Policy Initatives (CPI) menghubungi sebilangan rakyat Malaysia melalui talian 03-78902700...

Tiket Konsert Terakhir Boyzone...

KUALA LUMPUR - Lebih 5 ribu penonton dijangka membanjiri Stadium Malawati, Shah Alam...

Tempoh Giliran Tunai Haji...

KUALA LUMPUR - Tempoh menunggu menunaikan haji bagi rakyat Malaysia dikurangkan selama 13...

Pantau Media Sosial, Vee Elak Anak Terdedah Budaya Barat

SEORANG ibu pastinya mahu yang terbaik buat anak-anak yang tersayang lebih-lebih lagi dalam memastikan mereka tidak terpengaruh dengan budaya Barat yang kini kelihatan agak ekstrem.

Bagi pelakon Vanida Imran dia sentiasa memantau media sosial anak-anaknya kerana bimbang budaya negatif itu terlampau terdedah kepada anak-anaknya.

“Saya follow Instagram mereka kerana jika mereka block saya, saya akan suruh mereka padam sahaja akaun IG tersebut.

“Selagi duduk satu bumbung dengan saya, mereka kena benarkan saya pantau apa juga laman sosial yang mereka ada,” katanya ketika ditemui oleh pihak mStar Online.

Sebelum ini, Vanida pernah menegur kelakuan anaknya yang dilihat bergambar saling tidak tumpah seperti trend budaya luar.

Malah, dia juga tahu bahawa anak remaja masa kini pasti akan mudah terpengaruh dengan budaya yang mereka sendiri tidak tahu.

“Ada pernah mereka muat naik foto dengan posing bersama simbol tertentu dan mereka rasa ia cool. Saya minta dia padam segera kerana ia tidak elok.

“Ia membawa maksud tidak baik dalam masyarakat kita. Ada juga pernah mereka muat naik status bahasa Inggeris yang diambil dari Google.

“Namun ia ditegur oleh rakan saya yang turut mengikutinya di media sosial. Maksud ayat tersebut tidak sepatutnya di muat naik dan dia sendiri tidak faham,” ujarnya lagi.


Namun bagi Vanida atau mudah disapa dengan panggilan Vee itu mengakui bahawa dia perlu bersikap lebih terbuka serta mempercayai anak-anaknya dalam menggunakan media sosial mereka.

Ia kerana kini mereka juga sedang menghadapi situasi sedang membesar dan disebabkan itu mereka akan mudah terdedah dengan banyak perkara.

“Saya tahu mereka tahu banyak benda negatif di media sosial sebab itu saya perlu bersikap terbuka dan jelaskan apa yang betul dan apa yang tidak betul.

“Benda-benda yang dulu susah nak dapat kini hanya di hujung jari sahaja. Sebab itu peranan ibu bapa penting sekarang,” tambahnya.

Vanida mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan iaitu aktor Rashidi Ishak pada Oktober 2000 lalu dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 17, dan Maryam Rashika, 14. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori