Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Didenda Gagal Kemuka Rekod...

KUALA LUMPUR - Sebuah syarikat pengurusan restoran ‘mamak’ didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret...

Pengajar Tabika Kemas Miliki...

KUANTAN - Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) menyasar semua tenaga pengajar Tabikanya memiliki diploma...

Mayat Dua Remaja Lemas...

MUAR - Mayat dua sahabat karib yang lemas selepas terjatuh dari jeti Kampung...

Ajak Shiro Semakin Pulih,...

PELAKON dan pelawak popular, Ajak Shiro dilaporkan semakin pulih dan mendapat kebenaran daripada...

‘Pawang Besar’ Cuba Bantu Mexico Di Piala Dunia

MISTIK… Dibantu dua penolong dan kayu berunsurkan ketuhanan purba Mesoamerican, ‘Pawang Besar’ Mexico membaca mantera semalam bagi membantu pasukan itu di Piala Dunia 2018.

Antonio Vazquez lebih dikenali sebagai “El Brujo Mayor,” juga tukang tilik terkenal dengan ramalan politik dan berita semasa – memanggil ular tuhan Quetzalcoatl.

Ia lazim disembah oleh orang Aztecs dan masyarakat awal Colombia, bagi membolehkan pasukan kebangsaan Mexico layak sekurang-kurangnya ke suku akhir di Rusia.

“Berikan aku semua kekuatan kau untuk memecahkan pintu syurga, bantu Mexico mara ke pusingan kelima. Quetzalcoat, biarkan ia berlaku,” katanya di depan jersi hijau Mexico.

Mexico akan membuat kemunculan berdepan juara bertahan, Jerman dalam Kumpulan F sambil berharap akan melepasi suku akhir Piala Dunia buat kali pertama.

“El Tri” tidak pernah menewaskan Jerman dalam kejohanan itu, namun Vazquez optimis.


“Kita sekurang-kurangnya seri 0-0, atau Mexico menang 1-0,” katanya.

Vazquez juga ditanya mengenai ramalan siapa juara: Brazil, Sepanyol atau Portugal.

“Pasukan Latin akan menjadi juara,” katanya. – AFP/myMetro Online

Kategori