Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Guru Wanita Maut, Seorang...

PATTANI - Seorang guru wanita maut manakala seorang lagi cedera parah ditembak penyerang...

Azmin Calon MB Selangor?...

Ketika muncul bayangan bahawa Azmin Ali mungkin dicalonkan Perikatan Nasional (PN) sebagai menteri...

Shafie Masuk Ke Hospital...

KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal,...

Koronavirus: Cecair Pembasmi Kuman...

KUALA LUMPUR - “Maaf ya, hand sanitiser (cecair pembasmi kuman) sudah habis. Kami...

PDC Travels Tangani Kes Penipuan Pakej Umrah

SIAPA tidak mahu lepas peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci? Melaksanakan ibadah umrah dan haji malah adalah impian setiap Muslim dan Muslimah yang mahu menjadi tetamu Allah.

Akan tetapi di era kini, kita sering dengar berita penipuan terhadap bakal jemaah oleh syarikat pelancongan atau agensi yang tidak bertanggungjawab.

Senario ini telah memberikan satu gambaran buruk terhadap pakej ibadah itu sendiri serta semua syarikat pengendalian umrah tempatan yang jujur.

Bahkan, umpama menjadi satu trend apabila hampir setiap hari satu demi satu kes penipuan didedahkan dan ia mula melibatkan bilangan yang ramai dengan jumlah kerugian kewangan cukup besar.

Justeru, menyedari peningkatan permasalahan ini, pihak PDC Travels telah bertindak proaktif mewujudkan program ‘Rakan Strategik Umrah’ dengan beberapa syarikat pengendalian umrah berlesen lain.

Ia dalam usaha membendung jenayah berkenaan sekali gus menjalinkan satu persefahaman untuk menyediakan perkhidmatan yang setara kepada semua bakal jemaah umrah.

Antara syarikat terlibat di dalam program ini ialah Hijrah Nusrah Travel & Tours Sdn. Bhd., Dhia Holidays & Tour Sdn. Bhd., Proven Reliance Travel & Educare Sdn. Bhd., Rania Travels Sdn. Bhd., Five Estec Travel Services Sdn. Bhd., Tasnim Travel & Tours Sdn. Bhd, Kembara Salam Travel & Tours Sdn. Bhd, dan Tholand Waey Holiday Sdn Bhd.

Difahamkan, tujuan utama rakan strategik ini adalah salah satu alternatif  bagi menawarkan pakej umrah yang setara dan berupaya mencapai skala ekonomi dari segi kos.


Ia seterusnya membantu setiap syarikat terbabit daripada terbeban dengan keperluan untuk memenuhi tempat duduk secara bersendirian kerana ia akan dikongsi bersama.

Dalam konteks ini, terdapat pelbagai kelebihan yang ditawarkan oleh PDC Travels antaranya seperti syarikat ini mempunyai pejabat operasi di Makkah dan Madinah yang diuruskan oleh kakitangan dari Malaysia.

Selain itu, PDC Travels turut mempunyai beberapa pajakan hotel di Makkah dan rakan strategik tidak lagi perlu untuk menguruskan tempahan hotel di tanah suci di mana semuanya diuruskan oleh PDC Travels.

PDC Travels juga dikatakan bakal menguruskan semua urusan ‘Ground Handling’ jemaah di tanah suci seperti pengangkutan, makanan dan mutawif serta membuat ‘series booking’ umrah untuk sepanjang tahun.

Dalam pada itu, bagi memastikan orang ramai mengetahui mengenai program itu, pihak PDC Travels akan letak nama rakan strategik berkenaan menerusi semua aktiviti pemasaran syarikat termasuk pengiklanan dalam TV AlHijrah dan billboard di sepanjang lebuh raya.

Ringkasnya, program yang diwujudkan sebagai satu usaha murni untuk membantu umat Islam mengerjakan ibadat dan menjejak kaki ke tanah suci dalam keadaan selesa, selamat dan ceria. – MYNEWSHUB.CC

Kategori