Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kilang Kicap 100 Tahun...

GEORGE TOWN - Sebuah kilang kicap tempatan terkenal yang berusia 100 tahun diarahkan...

‘Jangan Ada Gangguan Tangan...

BEKAS jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah berharap tidak ada ‘tangan ghaib’ mengganggu tugas...

Pekerja Penyelenggara Direman Kes...

TELUK INTAN - Seorang pekerja penyelenggara direman tujuh hari bermula hari ini bagi...

Gunung Berapi Meletus Di...

SANTIAGO - Gunung berapi Calbuco di selatan Chile meletus buat kali pertama sejak...

Pelancong Gelek Seksi Depan Masjid Didenda RM25

DUA wanita warga asing yang tular di media sosial gara-gara aksi ‘berdansa’ di atas pagar Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dikenakan denda sebanyak RM25.

Mahkamah Majistret Kota Kinabalu semalam menjatuhkan hukuman itu terhadap Wan Han, 37 dan Zhang Na, 25, yang tidak diwakili peguam selepas mengaku bersalah.

Kedua-duanya yang juga merupakan guru tarian melakukan perbuatan tidak sopan berkenaan di tempat awam pada 23 Jun kira-kira jam 4.30 petang di tembok masjid berkenaan.

Atas kesalahan itu, Wang dan Zhang disabitkan mengikut Seksyen 15 Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil Negeri Sabah yang memperuntukan denda RM25 atau penjara selama tujuh hari.

Jika disabitkan dalam sebutan berikutnya kedua mereka boleh dikenakan dengan RM50 atau penjara maksimum tiga bulan.

Berdasarkan fakta kes, pengadu daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berhubung rakaman video berdurasi 10 saat yang memaparkan dua wanita warga asing melakukan aksi tidak senonoh di pagas masjid berkenaan.

Siasatan lanjut mendapati Pertubuhan Perpaduan Islam Sabah (PPIS) berpendapat perbuatan terbabit menyentuh sensitiviti penganut Islam dan terutamanya Muslim di Sabah.


Dalam pada itu ketika proses rayuan, kedua-dua tertuduh yang merupakan rakyat republik China memohon denda yang minimum berikutan akan pulang ke tanah air pada malam Rabu.

Bagaimanapun Pegawai Pendakwa, Insp. Albert Basirin menyatakan hukuman yang setimpal harus dikenakan terhadap mereka.

Mereka kemudian difahamkan telah diiringi pegawai penyiasat bersama anggota polis ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) selepas membayar denda. – MYNEWSHUB.CC

Kategori