Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Banjir Di Perak Terus...

IPOH - Keadaan banjir di negeri ini bertambah buruk apabila jumlah mangsa yang...

K-KOMM Gesa Penggunaan Mata...

Kuala Lumpur : Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menggesa pihak pengawalseliaan supaya membenarkan...

Ku Nan Setuju Bayar...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor...

Wartawan Ditahan Proses Edar...

AMPANG - Seorang wartawan bersama empat sahabatnya yang mendalangi kegiatan memproses dan mengedar...

Pelantikan Speaker DUN Selangor Secara Konsensus

SHAH ALAM – Pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang baharu dibuat atas dasar konsensus semua ADUN tanpa pertelingkahan, kata Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Justeru itu, beliau menolak dakwaan tentang perebutan jawatan itu antara PKR dan DAP kerana perbincangan mengenainya dijalankan secara harmoni sebelum ini.

“Dalam perbincangan (pemilihan calon speaker DUN), kita timbang kemungkinan dan akhirnya satu konsensus dicapai dengan seorang calon mendapat sokongan sebulat suara ADUN,” katanya kepada pemberita selepas majlis Mengangkat Sumpah Jawatan ADUN pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama DUN Ke-14 di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Ng, 47, daripada DAP mengangkat sumpah sebagai speaker manakala ADUN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman, 47, daripada PKR sebagai timbalan speaker disusuli 55 wakil rakyat lain termasuk Amirudin mengangkat sumpah sebagai ADAN.

Pelantikan Ng menyaksikan wakil rakyat daripada DAP sekali lagi diberi kepercayaan untuk menjadi Speaker DUN selama tiga penggal berturut-turut sejak Pakatan Rakyat (kini Pakatan Harapan) menawan Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada 2008. – BERNAMA

Kategori