Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

794 Kes Kebakaran Terbuka...

KUALA TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu merekodkan 794 kes kebakaran...

Pameran ‘Dirgahayu TYT’ Sabah...

KOTA KINABALU ā€“ Sempena sambutan ulang tahun Yang Dipertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin...

Luahan Suami, Isteri Kantoi...

BARU-BARUƃā€šĆ‚Ā ini terserempak dengan seorang kenalan lama bernama Aman. Sembang punya sembang, beliau menceritakan...

Subsidi Bersasar RON95: KPDN...

Johor Bahru : Pangkalan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan digunakan sebagai satu...

Pelantikan Tommy Sebagai Peguam Negara Tepat

KUALA LUMPUR – Pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara dilakukan tatkala negara sedang mengalami perubahan besar, kata The Centre for A Better Tomorrow (CENBET).

Dalam kenyataan di sini, hari ini, CENBET percaya Thomas memiliki kewibawaan yang diperlukan untuk menjalankan tugas yang diberikan berdasarkan rekod dan pengalaman sebagai peguam terkemuka bagi tempoh lebih 40 tahun dalam bidang kepakaran itu.

ā€œKami ingin mengucapkan tahniah kepada Thomas atas pelantikannya sebagai Peguam Negara dan gembira pencalonannya telah disokong Majis Peguam dan kalangan pengamal undang-undang umumnya.

ā€œSebagai kumpulan yang memperjuangkan ketelusan dan tadbir urus baik, kami juga gembira kerana akhirnya, pelantikan beliau bukan berdasarkan bangsa atau fahaman tetapi merit,ā€ katanya dalam kenyataan.

CENBET juga berkata Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V perlu diberi pujian kerana mendukung Perlembagaan Persekutuan dan menyatakan kerajaan persekutuan telah bertindak bijak dalam memadamkan potensi krisis perlembagaan.

ā€œDrama yang berlaku sebelum pelantikan itu, bagaimanapun perlu menjadi peringatan terhadap cubaan untuk mengatasi kuasa perlembagaan, yang kita semua perlu pertahankan,ā€ menurut kenyataan itu.


Sehubungan itu, CENBET berharap Thomas akan dapat menjalankan tugasnya sepertimana diharapkan rakyat dengan mendukung kedaulatan undang-undang pada standard tertinggi, termasuk keutamaan untuk mendakwa kes-kes rasuah berprofil tinggi untuk membuktikan kerajaan baharu sifar toleransi terhadap rasuah dan salah guna kuasa.

Pada 4 Jun, Sultan Muhammad V atas nasihat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, telah memberi perkenan bagi pelantikan Thomas sebagai Peguam Negara mengikut Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan. – BERNAMA

Kategori