Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kelonggaran Rentas Negeri Tak...

PUTRAJAYA - Lebih banyak kelonggaran termasuk pergerakan rentas negeri akan diberikan dalam tempoh...

Trafik Bergerak Perlahan Di...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di Lebuh raya Utara-Selatan (PLUS) dari kedua-dua arah...

Pelbagai Dadah Bernilai RM166,000...

JOHOR BAHRU - Pelbagai dadah bernilai RM166,100 berjaya dirampas dalam serbuan di dua...

Ramadan: Waktu Urusan Kaunter...

KUALA LUMPUR - Waktu operasi kaunter bayaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di...

Pemandu Lori Tangki Asid Sulfurik Maut Nahas

KEMAMAN – Seorang pemandu lori tangki membawa asid sulfurik maut apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer 312.2, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) arah ke Kuala Terengganu, berdekatan Kerteh kira-kira pukul 5 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt. Mohd Said Ibrahim berkata mangsa Mohd Anwar Abdul Malik, 38, dikatakan dalam perjalanan dari Seremban menghantar cecair itu ke Kerteh namun lori yang dipandu mangsa dipercayai terbabas sebelum masuk ke dalam longkang di tepi lebuh raya.

“Kemalangan itu mengakibatkan mangsa tersepit dan mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal di tempat kejadian. Mangsa telah dikeluarkan oleh anggota Unit Pengurusan Bahan Berbahaya (HAZMAT) bomba dan dihantar ke Hospital Kemaman untuk proses membersihkan badannya yang terkena tumpahan asid.

“Kejadian itu menyebabkan tangki yang mengandungi asid sulfurik dengan kepekatan 98 peratus bocor namun kebocoran tersebut dapat dikawal oleh anggota bomba,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Said berkata, kes berkenaan akan disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Terengganu, Penguasa Kanan Bomba 2, Mohamed Zulkhairul Mohamed Razilah berkata pihak Hazmat terpaksa membuat takungan di dua tempat di kawasan kebocoran asid sulfurik.


“Kerja membuat takungan dibuat di dua tempat di dalam aliran terjejas. Pasukan Hazmat membuat proses meneutralkan (asid) menggunakan abu soda dan pemeriksaan bacaan dibuat menggunakan meter pH dan kertas pH.

“Selain itu kita turut melaksanakan teknik menyimbah serbuk kapur bagi meneutralkan bahan kimia yang bocor bagi membuat proses meneutralkan tumpahan asid dan kerja-kerja itu berjaya diselesaikan sepenuhnya, kira-kira jam 12 tengah hari,” katanya

Kata beliau lagi sebanyak empat jentera bersama 16 anggota bersama empat pegawai telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi melaksanakan kerja membersih tumpahan bahan kimia berkenaan. – BERNAMA

Kategori