Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

500 Rumah PR1MA Berdekatan...

BESUT - Sebanyak 500 unit rumah di bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)...

2 Beradik Maut, 7...

KUANTAN - Dua beradik maut manakala lima lagi anggota keluarga mangsa cedera selepas...

Curi Piza Bayar Semula...

SEORANG pelanggan yang terdesak dengan bertindak mencuri piza untuk memberi makan kepada anaknya...

Grab Malaysia Mahu Bajet...

KUALA LUMPUR - Grab Malaysia mahu Bajet 2018 menyokong rakyat Malaysia yang menggunakan...

Pemandu Treler Maut Dalam Kemalangan

KEMALANGAN membabitkan tiga buah kenderaan menyebabkan seorang maut di Kilometer 38.5 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di Johor, pagi tadi.

Lapor Berita Harian, mangsa kemalangan, Alan Shamsuddin, 46, maut akibat tersepit di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Dzulkhairi Mukhtar, berkata kemalangan yang berlaku sekitar jam 6.40 pagi itu membabitkan sebuah treler, lori dan motosikal.

Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu treler gagal mengawal kenderaannya sehingga merempuh bahagian belakang lori yang membawa muatan batu bata.

“Setiba di tempat kejadian, pemandu treler yang memandu sendirian di lorong kiri jalan arah selatan, dikatakan gagal kawal kenderaan lalu langgar belakang sebuah lori sedang bergerak di lorong sama.

“Pelanggaran itu menyebabkan muatan batu bata dari lori itu jatuh ke atas jalan raya dan terkena penunggang motosikal yang berada di lorong sama,” katanya.


Penunggang motosikal berumur 29 tahun tersebut mengalami cedera ringan, manakala pemandu lori berusia 54 tidak mengalami seberang kecederaan.

Ujar Dzulkhairi lagi, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik, Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, di Kulai, untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Mynewshub.tv

Kategori