Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Puluhan Ribu Orang Berarak...

BUDAPEST – Berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan berarak di ibu kota Hungary di sini...

Video: Bogel Tunggang Motosikal...

SATU video menunjukkan seorang lelaki dalam keadaan bogel menunggang motosikal untuk ke kedai...

Video: Terlanggar Van Gara...

BILA berada di atas jalan raya, bukan hanya pemandu yang perlu berhati-hati sebaliknya...

Pemandu Bas Ekspres Samseng...

PADAH memandu dalam keadaan berbahaya dan mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain, seorang...

Pemandu Van Maut, Babit Tiga Kenderaan Lain

PITAS – Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kampung Kesagaan, dekat sini petang semalam.

Mangsa yang maut ialah Muksin Mambong, 40, yang juga pemandu van manakala lelaki yang cedera parah pada bahagian kaki ialah pemandu sebuah lori treler berusia 32 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Supt Mohd Izaan Abdullah berkata kejadian pada 3 petang itu berlaku apabila lori dengan muatan kayu balak dari arah Kota Marudu menuju ke arah Pitas telah hilang kawalan menyebabkan kenderaannya memasuki lorong bertentangan sebelum terbalik.

Lori itu kemudian menggelongsor ke hadapan sebelum bertembung pula dengan van yang tiba-tiba berlanggar dengan kenderaan pacuan empat roda yang berada di belakangnya.

Anggota Bomba dan Penyelamat Kota Marudu mengeluarkan kedua-dua pemandu van serta lori yang tersepit dalam kenderaan masing-masing sebelum dihantar ke hospital, manakala wanita yang memandu kenderaan pacuan empat roda terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.


Moksin disahkan meninggal dunia di Hospital Pitas pada 7.55 malam tadi. – BERNAMA

Kategori