Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Polis Dapat Cekup 3...

POLIS telah menahan tiga suspek disyaki terbabit mencuri wang tunai dan barang berharga...

England Tewas 0-1 Kepada...

ENGLAND terpaksa menanggung kekalahan pertama mereka tahun ini selepas Belgium menang 1-0 dalam...

PH Mungkin Swastakan Beberapa...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mungkin akan menswastakan beberapa jabatan kerajaan...

DSV Dan Pelajar Tahfiz...

JUTAWAN kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman tunaikan janjinya membawa mangsa pelajar dan guru...

Pembonceng Warga Emas Indonesia Maut Kemalangan

MIRI – Seorang pekerja kilang warga Indonesia maut setelah motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda pada 7.35 malam semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt. Alexson Naga Chabu berkata warga emas itu, Kasim Sikki, 66, meninggal dunia di lokasi kejadian di Jalan Perlis 4-1 Kuala Baram manakala pemandu lelaki berusia 25 tahun itu tidak mengalami kecederaan.

“Siasatan awal mendapati pemandu pacuan empat roda sedang dalam perjalanan ke pusat bandar Miri sebelum mangsa tiba-tiba datang dari arah bertentangan masuk ke laluan pemandu tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pemandu tersebut tidak sempat mengelak menyebabkan kenderaannya bertembung dengan motosikal mangsa di tempat kejadian, katanya. – BERNAMA

Kategori