Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Corduroy Sekali Lagi Diiktiraf...

NEW YORK - Buat kali kedua, Corduroy menempah sejarah tersendiri apabila dinamakan sebagai...

Harimau Siberia Minta Bantuan...

ALEKSEYEVKA - Seekor harimau siberia jantan mengejutkan pakar hidupan liar apabila ia keluar...

Sharnaaz Ahmad Sound Tepat...

KEWUJUDAN buku berjudul 99 Kata-Kata Fattah Amin ternyata menimbulkan amarah pelakon Sharnaaz atau...

Pengukuhan Dolar US Kekang...

KUALA LUMPUR - Ringgit meneruskan aliran penurunan semalam untuk dibuka rendah berbanding dolar...

Pemilihan PKR Pada Akhir Ogos Ini – Saifuddin

PETALING JAYA – PKR akan mengadakan pemilihan parti pada akhir Ogos ini, kata Setiausaha Agung parti Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata tempoh sah jawatan setiap pemimpin cabang dan pusat parti berakhir 22 Feb tahun hadapan.

Bagaimanapun, katanya proses pemilihan parti itu tidak boleh dilaksanakan melangkaui tempoh 18 bulan penangguhan Kongres Nasional Tahunan parti itu yang berakhir, 21 Nov ini.

“Parti ini dah hampir tamat 18 bulan tempoh lanjutan. Jadi kongres ini mesti diadakan tak lebih dari tarikh berkenaan, kalau lebih kita (parti) akan terbatal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mendengar taklimat Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada anggota Parlimen dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR di sini, hari ini. Turut hadir Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

​​​​​​​Pada majlis itu seramai 48 daripada 50 anggota Parlimen dan 51 daripada 67 ADUN PKR hadir.


Mengikut Perlembagaan PKR, Kongres Nasional Tahunan parti hendaklah diadakan sekali dalam setahun pada bila-bila masa sebelum berakhir bulan Jun atau pada tarikh yang ditetapkan Majlis Pimpinan Pusat dengan syarat tidak lewat daripada lapan belas bulan dari tarikh Kongres Nasional Tahunan yang lalu.

Dalam pada itu, Saifuddin Nasution yang juga anggota Parlimen Kulim Bandar Baharu berkata Anwar dalam taklimatnya menegaskan bahawa setiap wakil rakyat PKR perlu menyokong dan mendukung kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya pentadbiran negara dapat dijalankan dengan efektif tanpa masalah.

“Tugas dan tanggungjawab Tun Dr Mahathir sejurus menerima mandat kerajaan adalah satu tugas berat. Ini penting bagi membolehkan Tun Mahathir menjalankan tanggungjawab dengan lebih tenang dan efektif tanpa fikir sebarang benda yang boleh ganggu perjalanan kerajaan,” katanya. – BERNAMA

Kategori