Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Angka Kematian Arak Beracun...

KUALA LUMPUR - Jumlah terkini kematian disebabkan meminum arak mengandungi metanol di seluruh...

Betul Ke Victoria Beckham...

BEBERAPA hari lalu, gambar pereka fesyen tersohor antarabangsa, Victoria Beckham yang keluar tinggalkan...

Bayaran BNM, Khazanah Diguna...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MoF) mengesahkan laporan yang disiarkan The Wall Street...

“Sekiranya Nik Aziz Masih...

KUALA LUMPUR - DAP mendakwa Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pasti...

Pemilihan UMNO 2018 Tunjuk Petanda Baik

PEMILIHAN kepimpinan sayap UMNO selesai dijalankan hari ini dan berlangsung dalam suasana yang demokratik dan harmoni.

Kemenangan Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Ketua Pemuda UMNO disambut baik sebagai seorang pemimpin muda yang berwibawa.

Tindakan lawan beliau Khairul Azwan Harun mengucapkan tahniah dan melahirkan kesediaan bekerjasama ialah tindakan terpuji yang menunjukkan kematangan dalam kalangan pemimpin yang bertanding.

Sayap Puteri yang merupakan satu tunjang penting mewakili segmen penting dalam masyarakat juga menunjukkan satu keputusan yang diterima ramai dan muktamad.

Undi besar diperolehi pemenang-pemenang boleh dianggap satu tanda positif sokongan yang kuat diterima dari ahli sayap.

Pemilihan jawatan-jawatan tertinggi presiden hingga naib presiden nanti diharapkan dapat berjalan dengan baik dan tidak mencetuskan perpecahan atau sentimen tidak sihat.

UMNO memerlukan pemimpin yang kuat dan dihormati pada masa yang genting ini supaya dapat merapatkan saf dan bangkit semula.

Pujian wajar diberikan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi yang sanggup menggalas tugas berat selepas kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.


Sentimen ahli parti menunjukkan yang mereka mengharapkan kepimpinan yang kuat dan teruji untuk memimpin parti dalam perjuangan menuju Pilihan Raya Umum ke-15 dan seterusnya.

UMNO memerlukan pemimpin yang mempunyai kedua-dua kekuatan dalaman dan kekuatan menghadapi tekanan luaran.

Pemimpin dan gandingan kepimpinan utama perlu terdiri daripada mereka yang telah terlibat dalam politik nasional dalam zaman yang mencabar menuju PRU14 dan memahami denyut nadi rakyat.

Pemilihan di peringkat sayap telah menunjukkan tanda positif kehendak dan kesedaran ahli mengangkat pemimpin-pemimpin yang berimej mesra rakyat dan orang muda, yang semakin menjadi suara penting dalam menentukan hala tuju negara. – Mynewshub.cc

Kategori