Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

KJ Diamanah Rangka Struktur...

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dan UMNO memberi mandat kepada Ketua Pemuda...

Singapura Rampas 3,000 Karton...

SINGAPURA - Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) merampas 3,000 karton...

Gambar Palsu PM: Mahkamah...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menolak bantahan awal pihak pendakwaan terhadap...

Garis Panduan Konsert Di...

Garis panduan baru untuk acara konsert di universiti belum diluluskan, kata Menteri Pengajian...

Pemilik Kilang Dipenjara Sehari, Denda RM10,000

JOHOR BAHRU – Seorang pemilik kilang memproses kayu dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan memberi suapan kepada seorang Pembantu Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK), Januari lepas.

Tertuduh, Yau Chang Hong, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Kamarudim Kamsun yang turut menetapkan penjara enam bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan, Yau didakwa secara rasuah memberi suapan wang tunai RM500 kepada seorang Pembantu Penguatkuasa di Pejabat Jabatan Penguatkuasa MPK, di Kluang, kira-kira 12 tengah hari, 17 Januari lepas.

Suapan itu sebagai dorongan kepada pembantu penguatkuasa terbabit untuk tidak mengeluarkan kompaun dan mengambil tindakan ke atas perniagaan kilang papan milik Yau di Kampung Gajah, Kluang yang mana Yau melakukan kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen selain menjadikan rumah sebagai kilang memproses kayu dan papan.

Yau dituduh mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.


Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Mohamad Anis Redza Mohamad Anuar manakala tertuduh yang mempunyai seorang anak berumur lapan bulan, tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Kategori