Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

MP PKR Kata Ikan...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kuantan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh...

Ferrari Sewa Alami Kecelakaan,...

SEBUAH kereta mewah Ferrari 458 Italia yang disewa seorang lelaki untuk menghadiri majlis...

Manchester City Di Ambang...

LIVERPOOL - Manchester City melakar kemenangan selesa 3-1 ke atas Everton, awal pagi...

Dua Ditahan Hina Islam...

IPOH - Polis menahan seorang lelaki yang bekerja sebagai jurujual jam dan seorang...

Pemimpin UMNO Perlu Tinggalkan 3 Perkara

KULAI – Para pemimpin UMNO digesa agar meninggalkan tiga perkara penting sekiranya mereka benar-benar mahu melakukan perubahan kepada parti keramat orang Melayu ini.

Demikian gesaan ahli-ahli akar umbi yang diutarakan oleh UMNO Cawangan Taman Aman, dekat sini, hari ini.

Ketuanya, Nor Azman Hasbullah berkata tiga perkara itu adalah sikap terlalu mementingkan kedudukan dan diri sendiri; terlalu mengenang sejarah dan kegemilangan lampau serta menabur retorik dan janji palsu kepada ahli-ahlinya.

Nor Azman Hasbullah

Azman berkata peluang pemilihan parti kali ini mestilah digunakan sebaiknya oleh ahli demi memilih barisan pemimpin yang mampu menjenamakan UMNO.

“Ia mesti dilakukan dengan mengenepikan mereka yang hanya bermuka-muka, pengampu dan mereka yang mensabotaj parti pada pilihan raya lalu.

“Kami mendapati masih ada dalam pemimpin yang hanya lantang bersuara tetapi mensabotaj parti kerana tidak terpilih menjadi calon,” dakwanya.

Beliau berkata UMNO perlu memberi fokus kepada kepentingan orang-orang Melayu dan anggotanya.

Tumpuan mesti dilakukan terhadap penyediaan plan komprehensif dan inklusif masa depan kumpulan sasaran itu, tegasnya lagi.


“Hanya dengan langkah itu dapat mengembalikan keyakinan para pemegang taruhnya untuk menyokong UMNO, sekaligus membolehkan ia berdiri teguh dan merampas semula tampuk pemerintahan kerajaan pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Beliau menambah, UMNO masih menjadi sandaran dan pilihan orang Melayu apabila menerima 47.8 peratus undi popular berbanding 23.4 peratus yang diterima Pakatan Harapan (PH).

Ia masih lagi menjadi parti tunggal yang memenangi paling banyak kerusi di Parlimen.

Mesyuarat UMNO Cawangan Taman Aman yang berlangsung semalam, turut diserikan dengan majlis penyampaian sumbangan kepada 90 penerima terdiri dari ibu tunggal, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU). – MYNEWSHUB.CC

Kategori