PARA peminat pelakon antarabangsa popular, Johnny Depp menyampaikan rasa bimbang mereka terhadap tahap kesihatan aktor itu apabila gambar terbaharunya melihatkan seperti dia lemah dan sedang sakit.
Depp yang kini berusia 54 tahun itu kelihatan berada dalam mood yang baik sewaktu bergambar dengan beberapa peminat wanita minggu lalu sewaktu berada di Hotel Four Seasons di St. Petersburg, Rusia.
Aktor Pirates Of The Caribbean itu berada di negara berkenaan dalam satu jelajah konsert bersama kumpulan muziknya, The Hollywood Vampires namun kelihatan pucat dan kurus.
Selepas peminat itu memuat naik gambar mereka di media sosial, rata-rata netizen yang melihat gambar tersebut menyatakan kebimbangan mereka terhadap kesihatan Depp.
“Saya rasa hero kegemaran saya kelihatan tidak sihat,” tulis seorang peminat di Twitter.
“Beliau nampak kurus,” tulis seorang lagi netizen.
“Adakah itu Johnny Depp? Apa yang telah Hollywood lakukan terhadapnya,” kata Lucy Cross.
Bagaimanapun, ada juga peminat Depp yang berharap bahawa Depp sedang menyiapkan dirinya untuk peranan filem akan datang yang memerpulak dia berpenampilan sebegitu.
“Harap-harap Johnny hanya sedang bersiap sedia untuk melakonkan sebuah watak dalam filemnya yang akan datang,” tulis Andrea Crane di Twitter.
Hope this is for an upcoming role 😩
— Andrea 🇨🇴🇬🇧 (@andreacrane1995) June 2, 2018
Depp kini menggayakan rambut Mohawk dan membuang misai, kulit perang dan rambut panjang yang sinonim dengan karakternya sebagai Jack Sparrow itu dan ada yang berpendapat dia kelihatan seperti pesakit kanser.
Pelakon Alice In Wonderland itu sedang sibuk menjelajah benua Eropah bersama The Hollywood Vampires yang diasaskan bersama penyanyi rock, Alice Cooper sebagai penghormatan kepada bintang-bintang rock yang telah meninggal dunia sebelum waktunya.
Depp juga kini hidup bersendirian selepas bercerai dengan bekas isterinya, Amber Heard di mana perpisahan mereka berakhir dengan Heard diberikan pampasan cerai sebanyak AS$7 juta (RM27.8juta).
Heard juga mendakwa Depp merupakan seorang ‘kaki pukul’ dan mereka berpisah disebabkan perkara itu selepas hampir enam tahun bersama pada 2016.
Pelakon yang mula menyertai industri hiburan Hollywood pada 1984 itu juga bakal menyambut ulang tahun ke-55 pada 9 Jun depan.
Mungkin juga penampilan terbaharunya ini bukan disebabkan oleh Depp tidak menjaga kesihatan diri, sebaliknya disebabkan faktor semulajadi berkait dengan umurnya yang sudah lanjut. –MYNEWSHUB.CC/EZ