Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Serik! Didie Alias Hati-Hati...

KUALA LUMPUR - Pelakon dan pengacara Didie Alias lebih berhati-hati dalam memilih kawan kerana...

“Sejak Bila Pula Khazanah...

PELIK... MCA pertikai kenyataan terbaharu Tun Dr. Mahathir Mohamad konon Khazanah Nasional Berhad...

2 Remaja Diserang Jerung,...

WASHINGTON - Seorang remaja perempuan mengalami kecederaan di lengan manakala seorang remaja lelaki...

Bajet 2019: Anak Seni...

KUALA LUMPUR - Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) berharap Belanjawan 2019 yang akan...

Pemuda Dikhuatiri Lemas Selepas Terjun Sg Kemaman

KEMAMAN – Seorang pemuda berumur 20-an dikhuatiri lemas selepas cuba melarikan diri dengan terjun dari sebuah kapal yang sedang dibaiki di Sungai Kemaman tengah malam tadi, kata Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat Chukai Yahya Hanafi.

Beliau berkata ketika kejadian lelaki dan rakannya dikatakan sedang mengambil barangan terpakai di atas kapal itu sebelum disedari pekerja di limbungan tersebut.

“Terkejut dengan keadaan tersebut, mangsa dan rakannya itu cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai, lelaki itu yang tidak pandai berenang disyaki lemas manakala rakannya berjaya menyelamatkan diri,’, katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, hari ini.

Katanya sebaik menerima laporan kejadian itu pada 12.37 malam, 10 anggota bomba dihantar di tempat kejadian serta operasi mencari dan menyelamat dilancarkan dengan turut melibatkan anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan pasukan skuba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Chukai dan Kuala Berang.

Beliau berkata setakat 7 malam ini lelaki itu masih belum ditemukan dan operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan pada waktu malam dengan menyusuri tebing sungai manakala operasi menyelam dihentikan dan akan disambung 7 pagi esok sekiranya perlu. – BERNAMA

Kategori