Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Aktiviti Eksport, Import Diteruskan...

PUTRAJAYA - Aktiviti pengeluaran, pemprosesan dan pengedaran termasuk eksport dan import diteruskan seperti...

Jangan Panik, Tiada Perubahan...

KUALA LUMPUR — Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa setakat ini tiada sebarang perubahan pada...

[RASMI] Salahuddin Ayub Menang...

JOHOR BAHRU : Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub menang kerusi Dewan...

Bunuh Diri Selepas Terlibat...

Seorang pemuda telah membunuh diri secara tragis selepas hanya beberapa minggu memuatnaik gambar...

Pemuda UMNO Perlu Miliki Semangat Jati Diri

PASIR PUTEH – Pergerakan Pemuda UMNO akan memastikan setiap anggotanya mempunyai semangat jati diri dan memiliki bakat baharu untuk bangkit semula memperjuangkan nasib bangsa dan agama.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata mereka akan diterapkan dengan nilai-nilai berkerja untuk kepentingan parti tanpa mengharapkan ganjaran wang ringgit.

“Saya akan mendekati mereka dengan bergerak ke seluruh negara dalam tempoh terdekat,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Puteh di sini, hari ini.

Asyraf Wajdi yang menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh berkata anggota UMNO kini berharap untuk melihat parti itu berubah dan bangkit semula selepas kecundang pada Pilihan Raya Umum Ke-14. – BERNAMA

Kategori