Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Peragut Seret Warga Emas...

ALOR SETAR - Empat lelaki dipercayai terlibat dalam kes ragut seorang lelaki warga...

Diskaun Saman Trafik Dilanjutkan...

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memutuskan untuk melanjutkan tempoh diskaun pembayaran saman...

Jabatan Kimia Malaysia Sahkan...

KOTA BHARU - Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan identiti dua lagi mayat kanak-kanak yang...

Empat Cedera Kemalangan Di...

ALOR GAJAH — Empat orang cedera termasuk seorang lelaki warganegara Indonesia dalam kemalangan...

Pengadil Argentina Kendali Aksi Pembukaan Piala Dunia

MOSCOW – Pengadil dari Argentina, Nestor Pitana akan mengendalikan perlawanan pembukaan Piala Dunia apabila tuan rumah, Russia berdepan Arab Saudi, umum FIFA, sebentar tadi.

Pegawai perlawanan berusia 42 tahun itu, yang bertugas ketika Piala Dunia 2014 di Brazil, akan mengetuai aksi Kumpulan A di Stadium Luzhniki Moscow.

Pitana akan dibantu rakan senegara, Juan Pablo Belatti serta Hernan Maidana, manakala Sandro Ricci dari Brazil bertindak selaku pegawai keempat perlawanan.

Ketika kontroversi penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR) masih lagi diperdebatkan, pereka bentuk VAR, Massimiliano Irrati dari Itali secara rasmi meletak jawatan di Moscow.

VAR pernah diuji di dua liga utama – Bundesliga, Jerman serta Serie A, Itali tetapi diselubungi banyak kesilapan serta keputusan mengelirukan.


“Kami sudah bersedia memberikan yang terbaik dan mempamerkan tahap konsisten tinggi, tetapi tanpa sikap yang baik daripada pemain, ia akan menjadikan tugas kami semakin sukar,” kata Pengarah Pengadil FIFA, Massimo Busacca. – AFP

Kategori