Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Skinny Jeans Penyebab Utama...

Berita buruk untuk peminat seluar jeans skinny: ia mungkin punca kerosakan tulang belakang Sebuah...

Peniaga Didenda RM4,000 Kerana...

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga didenda RM4,000 atau empat bulan penjara jika gagal...

Kementerian Pengangkutan Teliti Laporan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan akan meneliti laporan interim siasatan MH370 dan mengambil...

Banjir Di Melaka Bertambah...

ALOR GAJAH - Keadaan banjir di negeri ini bertambah buruk apabila mangsa yang...

Penganggur Dipenjara 30 Bulan

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur dihukum penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merompak seorang pesara wanita dengan cuba meragut rantai leher emas wanita itu, Isnin lepas.

Hakim Dr Gan Chee Keong menjatuhkan hukuman itu terhadap Junol Anak Inih, 22, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan ke atas Safiah Muhammad, 56, pesara kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan cuba meragut rantai leher mangsa.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 11 Jun 2018.

Dia melakukan perbuatan itu di tempat letak kereta, Blok B, Program Perumahan Rakyat (PPR) Kepong Lama, di sini pukul 12.15 petang pada 11 Jun lepas.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh didenda.


Terdahulu, lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan manakala Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothy memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh. – BERNAMA

Kategori