Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Penganggur Dijel 10 Bulan...

KUALA LUMPUR - Akibat menceroboh masuk ke dalam rumah seorang jururawat, seorang penganggur...

Hishamuddin Rais Dipenjara 9...

ASALNYA pada Januari 2015, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman denda RM5,000 setelah...

Harga Toyota, Lexus Turun...

KUALA LUMPUR - Kereta jenama Toyota dan Lexus akan mengalami penurunan harga sehingga...

Terapkan Budaya Selamat Kekang...

SHAH ALAM - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengingatkan majikan dan pekerja...

Penganggur Mencuri Gula-Gula, Coklat Dipenjara

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur yang mencuri pelbagai jenis gula-gula penyaman tekak dan coklat di kedai runcit Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam dipenjara tiga minggu oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Wong Chai Sia menjatuhi hukuman itu ke atas Nor Zaidi Nong, 45, selepas tertuduh mengaku bersalah mencuri 15 paket Strepsils, 16 peket Fisherman’s Friend dan 41 peket coklat keseluruhan bernilai RM304 milik Hospimart Shoppe Sdn. Bhd.

Dia melakukan perbuatan itu di Hospimart Shoppe, aras bawah bangunan lama HKL, pada kira-kira 7.44 pagi, 18 Jun mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu 18 Jun.

Ketika rayuan, Nor Zaidi yang tidak diwakili peguam memohon maaf kepada mahkamah atas perbuatannya dan merayu hanya dijatuhi hukuman ringan namun Timbalan Pendakwa Raya, K.Vasugi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh. – BERNAMA

Kategori