Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

PH Naik Sewa Kuarters...

SAYA baru mendapat aduan daripada penduduk Putrajaya bahawa kadar sewaan kuarters bagi penjawat...

Kasihan.. Murid Luah Kesedihan...

KHAS untuk sesetengah remaja di luar sana yang gemar memberontak terhadap ibu bapa,...

Wajib Lulus Bahasa Inggeris...

MELAKA - Rancangan menjadikan lulus matapelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia...

9 Warga Asing Ditahan...

Ipoh : Sembilan warga asing ditahan susulan penemuan mayat lelaki dengan enam tikaman...

Pengarang Novel Seram Bunuh Tunang Sendiri

PENGARANG novel seram didapati bersalah kelmarin atas tuduhan membunuh tunangnya dengan kejam termasuk memotong anggota badan, menyiat kulit kepala dan mengeluarkan darah dari tubuh wanita itu hingga mati.

Blake Leibel yang juga anak seorang jutawan hartanah dilaporkan menyeksa dan mengerat anggota badan dan menyiat kulit kepala Iana Kasian di apartmen miliknya di West Hollywood.

Lebih kejam lagi, Leibel, 37, kemudiannya mengeluarkan darah dari badan wanita itu supaya mangsa mati dengan perlahan.

Ketika kejadian pada Mei 2016 itu, Iana, 30, yang berasal dari Ukraine baru beberapa minggu melahirkan bayi hasil hubungannya dengan Leibel.

Ketika perbicaraan gambar lokasi pembunuhan dan mayat Iana ditunjukkan kepada juri termasuklah imej grafik novel seram Syndrome yang turut dikarang Leibel pada 2010.


Pendakwa raya daerah, Tannaz Mokayef memberitahu mahkamah, Leibel meniru elemen novel berkenaan dalam pembunuhan berkenaan dan buku itu menjadi ‘cetak biru’ lelaki itu.

Mahkamah menetapkan tarikh 26 Jun ini untuk menjatuhkan hukuman terhadap Leibel yang berdepan hukuman penjara seumur hidup dan tiada peluang mendapatkan parol. – myMetro Online

Kategori