Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kutipan Zakat Di Pahang...

PEKAN - Jumlah kutipan zakat di Pahang bagi tahun ini sehingga 10 Mac...

PBNJ Kutuk Penyokong Ganggu...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ)  mengutuk tindakan segelintir penyokong Johor...

PRK Rompin: Hasan Arifin...

ROMPIN - Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin bermula...

TMM 2020: Apa Rasional...

KUALA LUMPUR – Tindakan Balai Seni Lukis Negara bercadang mengadakan pameran lukisan bertemakan...

Pengurus Hartanah Ratah Rakan Sekerjanya

PENGURUS hartanah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini atas pertuduhan merogol rakan sekerjanya, Januari lalu.

Lee Chee Thian, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik saja pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noradura Hamzah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol wanita berusia 30 tahun empat bulan itu di sebuah kondominium di Jalan Pinang di Kuala Lumpur, pada jam 2.50 pagi, 25 Januari lalu.

Dakwaan terhadap bapa seorang anak itu dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mohd Ashif tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Peguam Loke Kok Mun yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diberikan jaminan atas alasan tertuduh menanggung keluarga serta tiada pendapatan tetap.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin.


Selain itu, tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran dua minggu sekali, selain menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Dia juga dilarang mengganggu saksi dan mangsa hingga kes selesai.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 3 Julai ini. – myMetro Online

Kategori