Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hati Remuk… Mahu Pelaku...

PENYANYI Kaka Azraff tidak mampu menahan rasa marah terhadap dua individu yang menganiaya...

Nyaris Jatuh Tingkat 15,...

Novosibirsk (Russia) - Seorang lelaki yang tergelincir ketika mencuci tingkap kediamannya di tingkat...

[RASMI] Salahuddin Ayub Menang...

JOHOR BAHRU : Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub menang kerusi Dewan...

Netizen Kongsi Kata Semangat,...

KUALA LUMPUR - "Selamat kembali ke sekolah dan selamat maju jaya adik-adik SPM,"...

Penjawat Awam Melaka Dapat Bantuan RM1,000

ALOR GAJAH – Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan bantuan khas Hari Raya Aidilfitri RM1,000 buat penjawat awam kerajaan negeri ini.

Ketua Menteri Adly Zahari berkata bantuan itu diharap dapat membantu persiapan penjawat awam negeri ini menyambut perayaan tersebut.

“Kerajaan negeri faham penjawat awam hendak sambut Hari Raya maka kita umum RM1,000 (bantuan khas Hari Raya Aidilfitri) dibayar sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri 15 Jun ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Moreh bersama rakyat di sini, malam tadi.

Mengikut rekod, Melaka mempunyai 4,408 kakitangan awam tetap, 2,874 berstatus kontrak dan 121 secara sambilan.

Sementara itu, Adly berkata beliau membuat keputusan untuk tidak tinggal di kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka di Seri Bendahara, Ayer Keroh sebaliknya akan tinggal di rumah kerajaan di Peringgit di sini.


“Sejak dibuka kepada orang ramai, sekitar 10,000 orang datang berkunjung termasuk pelancong dari China. Jadi kita mahu lihat Seri Bendahara ini dapat buat sesuatu untuk rakyat, lihat sama ada boleh jana pendapatan untuk kerajaan negeri mungkin sebagai produk pelancongan,” katanya. – BERNAMA

Kategori