Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jambatan Runtuh, Seorang Pekerja...

JOHOR BAHRU - Seorang pekerja warga Bangladesh yang sedang membina sebuah jambatan di...

Polis Tumpas 3 Geng...

SEPANG - Polis Sepang menumpaskan tiga geng samun dan curi kenderaan serta menahan...

Banyak Kawasan Dimasuk Dalam...

IPOH - Lebih banyak kawasan akan dimasukkan di bawah badan Amanah Warisan Negara...

Armada Bersatu Dakwa Zahid...

SHAH ALAM - Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa Presiden UMNO, Datuk...

Penjawat Awam Selangor Terima Bantuan Khas

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengumumkan bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri sebanyak sebulan gaji kepada 17,109 penjawat awam negeri yang akan dibayar pada 25 Jun ini.

Beliau berkata bantuan kewangan khas itu membabitkan peruntukan RM31.2 juta.

“Saya turut mendengar rintihan daripada pegawai-pegawai Persekutuan di negeri ini yang merasa mereka dianaktirikan sedangkan mereka juga bertungkus lumus membangunkan Selangor dengan dedikasi dan kesetiaan.

“Untuk itu, bantuan khas kewangan turut akan diberikan kepada 755 pegawai dari tujuh agensi Persekutuan iaitu RM1,000 setiap seorang yang juga akan dibayar pada 25 Jun ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rapat Ramadan Penjawat Awam Bersama Menteri Besar Selangor di sini, hari ini.

Tujuh agensi persekutuan itu ialah pejabat Kamar Undang-undang, Jabatan Perhutanan, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pertanian, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kehakiman dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). – BERNAMA

Kategori