Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Papan Tanda PN Disimbah...

KULAI : Dua papan tanda parti Perikatan Nasional (PN) masing-masing di bulatan Taman...

LAKSANA Pantau Pelaksanaan PRE...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan penubuhan Unit Pelaksanaan & Koordinasi Stimulus...

Anggota Polis Tertembak Rakan...

KUANTAN – Seorang anggota polis di Balai Polis Padang Tengku, Lipis cedera akibat...

Mat Razi Yakin Pengundi...

TUMPAT - Calon Barisan Nasional (BN), Mat Razi Mat Ail yakin pengundi di...

Penyerang Mabuk Guna Parang Makan Diri

TINDAKAN seorang lelaki yang mabuk cuba menyerang sebuah keluarga memakan diri apabila dia cedera ditetak di Perumahan Batu 8, Jalan Miri- Bintulu di Miri, Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, suspek berusia 30-an cuba menyerang dan mengancam sebuah keluarga menggunakan tombak dan parang.

Menurut sumber, tindakan suspek dapat dihalang oleh lelaki berusia 25 tahun yang juga salah seorang ahli keluarga terbabit.

Sumber itu berkata, lelaki terbabit menyerang suspek menggunakan parang kerana terpaksa mempertahankan dirinya dan keluarga.

“Suspek cedera di lengan kanan dan badan kemudiannya terpaksa dikejarkan ke Hospital Miri.

“Suspek menerima 27 jahitan di belakang badan, namun keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.

Kata sumber itu, siasatan mendapati, suspek menetap berhampiran kawasan rumah keluarga mangsa dan ketika kejadian lelaki itu dipercayai di bawah pengaruh alkohol.


“Suspek dikatakan tiba-tiba mengamuk lalu cuba menyerang keluarga berkenaan. Kejadian itu bukan kali pertama, tetapi suspek pernah bertindak sedemikian sebelum ini,” katanya.

Petang kelmarin, polis merampas senjata yang digunakan suspek dalam kejadian itu untuk tindakan lanjut, namun belum ada tangkapan dilakukan setakat ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah, mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah. – myMetro Online

Kategori