Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Portugal Tak Bergantung Pada...

SARANSK - Jurulatih Portugal, Fernando Santos menolak dakwaan pasukan itu terlalu bergantung harap...

Howard Lee Jangan Tunggang...

SAYA terbaca respon yang dibuat oleh ADUN Pasir Pinji, Howard Lee yang juga...

Hanya J/kuasa Pemilih Boleh...

KUALA LUMPUR - Kedudukan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam Jawatankuasa...

N.Sembilan Wujudkan Food Bank...

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan mewujudkan ‘Food Bank’ bagi membantu masyarakat yang kurang...

Penyiapan Projek TRX Suntik Keyakinan Pelabur Asing

PUTRAJAYA – Langkah kerajaan memberi suntikan dana sebanyak RM2.8 bilion serta keputusan meneruskan pembangunan Tun Razak Exchange (TRX) akan dapat memberi keyakinan kepada para pelabur asing yang terbabit dalam projek tersebut.

Ketika memberi jaminan itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata setakat ini, TRX City Sdn. Bhd. telah menjual beberapa bidang tanah kepada pelabur tempatan dan antarabangsa seperti Mulia Property Development, HSBC, Affin Bank, Lembaga Tabung Haji, WCT, Lendlease dan IJM.

“Projek berkenaan mendapat banyak minat dan pelaburan asing dan akan memberi kesan sekiranya ia gagal disiapkan.

“Atas alasan itu, kita mahu memberi jaminan kepada pelabur-pelabur tempatan dan asing bahawa pelaburan mereka tidak akan terjejas,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengulas selanjutnya, Lim berkata suntikan RM2.8 bilion itu akan dibuat secara berperingkat sehingga 2024.

Malah, pada tahun ini, kerajaan menyasarkan untuk menyalurkan sejumlah RM344 juta.


Lim berkata, kerajaan bagaimanapun akan melaksanakan penilaian kejuruteraan bagi mengurangkan kos pembinaan TRX yang kini siap 80 peratus.

Ditanya sama ada suntikan dana oleh kerajaan itu merupakan sumber pembiayaan terakhir TRX, beliau berkata adalah sukar untuk mencari saluran lain memandangkan kaitan projek itu dengan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB). – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • TRX

Kategori