Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Suspek Buang Bayi Ditahan

Kota Bharu - Polis menahan seorang wanita dipercayai ibu kandung bayi malang yang...

Hentian Sebelah Sungai Buloh...

KUALA LUMPUR - Hentian sebelah Sungai Buloh (haluan selatan) di Lebuhraya Utara-Selatan akan...

Video: Jijik! Kencing Tadah...

PENGOTOR, itu yang boleh dikatakan terhadap video yang dirakam pengunjung Pasar Kedai Lalat,...

Bayaran Sewa PPR Dikecualikan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju memanjangkan pengecualian pembayaran sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR)...

Peramal Ditahan Bocor Soalan Kemasukan Universiti

HONG KONG – Seorang ‘tutor selebriti’ Hong Kong yang terkenal selepas menjanjikan kejayaan dalam peperiksaan untuk pelajar yang tertekan mencapai keputusan cemerlang, didakwa biro antirasuah bandar ini kerana membocorkan soalan untuk peperiksaan kemasukan universiti awam.

Siao Chi-yung, 42, atau juga dikenali secara profesional sebagai Siu Yuen, mempunyai kerjaya menguntungkan berdasarkan kebijaksanaan meramal soalan yang bakal keluar dalam peperiksaan umum.

Media tempatan melaporkan Siao meraih pendapatan tahunan HK$16 juta (RM8.1 juta) dengan mengajar bahasa Cina, iaitu mata pelajaran teras untuk kurikulum sekolah Hong Kong.

Dia kini berdepan tuduhan memperoleh bahan peperiksaan rahsia secara haram.

Suruhanjaya Bebas Terhadap Rasuah Hong Kong mendakwa, siasatan mendapati seorang bekas pemeriksa dan isteri Siao menggunakan telefon pintar mereka untuk menghantarnya soalan sulit bagi ujian bahasa Cina untuk peperiksaan kemasukan universiti.


Siao berdepan dua tuduhan bersama dua bekas pemeriksa, membabitkan konspirasi memperoleh akses kepada komputer dengan niat tidak jujur.

Dia juga menghadapi tuduhan ketiga bersama isterinya, Tsai Ying-ying – juga tutor bahasa Cina – kerana mengakses komputer dengan niat tidak jujur. – AFP/myMetro Online

Kategori