PEREKA fesyen terkemuka, Kate Spade meninggal dunia selepas dilaporkan membunuh diri di kediamannya di Park Avenue di New York, Amerika Syarikat pada pagi Selasa.
Kate, 55, ditemui dalam keadaan menggantungkan diri menggunakan skarf oleh pembantu rumah.
Pereka tersebut memberitahu anak tunggalnya yang berusia 13 tahun bahawa ia bukan kesilapannya di atas perkara yang berlaku.
Perkara itu disampaikan menerusi nota bunuh diri yang ditujukan kepada anak perempuannya, yang dijumpai berdekatan dengan mayatnya.
Kate mula menempa nama pada pertengahan 1980-an dengan himpunan beg tangan rekaannya.
Dalam satu kenyataan, keluarga Spade berkata: “Kami semua berduka cita dengan tragedi hari ini. Kami amat menyayangi Kate dan akan merindukannya teramat sangat.
“Kami meminta agar privasi kami dihormati kerana kami bersedih dalam waktu yang sangat sukar ketika ini.”
TMZ melaporkan note itu menyebut: “Bea – Saya sentiasa menyayangimu. Ini bukan kesilapan awak. Tanya ayah!”
Menurut polis, suami Kate, Andy berada di kediaman mereka semasa kejadian berlaku. – Mail Online UK