Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Talian Telefon Ketua Setiausaha...

KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Pengelola Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fariz Musa mendakwa...

Wanita Berbangga Eksport Coronavirus...

RASANYA kalau ada masa kita dibenarkan pukul orang… Ini antara masa kita perlu...

Biarlah PM Tentukan Siapa...

MARANG - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bersikap terbuka terhadap cadangan...

Hampir 50 peratus Populasi...

KUALA LUMPUR - Seramai 11,060,317 orang atau 47.2 peratus populasi dewasa sudah menerima...

Perkasa 3E Dalam Usaha Kurangkan Kemalangan Jiwa

PUTRAJAYA – Kerajaan akan terus fokus dalam memperkasakan pendekatan 3E (Engineering, Enforcement dan Education) dalam usaha mengurangkan kemalangan jiwa atas jalan raya.

Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran berkata pendekatan tersebut mesti dilaksanakan secara berintegrasi dan memerlukan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dalam merealisasikannya.

“Faktor kejuruteraan merupakan elemen penting, contohnya pembinaan laluan motosikal atau pembuatan kenderaan dengan ciri-ciri keselamatan tinggi dapat mengurangkan risiko kemalangan.

“Penguatkuasaan pula adalah melalui pihak polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan untuk memupuk sikap mematuhi peraturan jalan raya manakala pendekatan pendidikan berperanan dalam pembudayaan amalan keselamatan jalan raya,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian ‘Seminar Malaysia Commuting Accident and Road Safety 2018’ (MyCARSS 2018) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

MyCARSS 2018 anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bertujuan memberi mesej jelas untuk mengukuhkan kerjasama antara rakan strategik dan pihak berkepentingan terhadap keselamatan jalan raya yang lebih baik.

Bertemakan ‘Membina Budaya Keselamatan Perjalanan Ke Arah Vision Zero’ seminar dua hari bermula hari ini turut memperlihatkan keseriusan Perkeso dalam soal pencegahan kemalangan dan menggalakkan kesihatan dalam kalangan pekerja Malaysia.

Kula Segaran berkata bilangan keseluruhan kemalangan yang dilaporkan kepada Perkeso pada 2017 adalah 69,980 kes dan 47 peratus atau 33,319 kes daripada angka tersebut merupakan kemalangan perjalanan semasa berulang-alik ke tempat kerja.


“Daripada jumlah ini, terdapat 667 pekerja maut akibat kemalangan pekerjaan berbanding 257 kematian akibat kemalangan di tempat kerja.

“Angka ini amat membimbangkan kerana secara purata, tiga kematian pekerja dilaporkan kepada Perkeso dalam sehari, iaitu dua kematian disebabkan kemalangan perjalanan dan satu kematian akibat kemalangan di tempat kerja,” katanya.

Kula Segaran berkata usaha bagi memastikan keselamatan kaum pekerja sewaktu perjalanan mesti dijalankan oleh semua pihak dan memerlukan gerak kerja sistematik.

“Sudah tiba masanya usaha ini dikembangkan lagi melalui fungsi khusus pegawai Perkeso dalam bidang pencegahan dan promosi kesihatan ke seluruh negara,” katanya. – BERNAMA

Kategori