Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Burger King Rusia Tawar...

KEMENANGAN Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat dalam pilihan raya negara itu Selasa...

“Tiada Istilah Tikam Lidah,...

TERDAHULU kumpulan rap lagenda, KRU yang dianggotai oleh tiga adik beradik iaitu Datuk...

Takut Korea Utara? Malaysia...

ANTARA topik paling panas tular dalam media sosial akhir-akhir ini konon kerajaan Malaysia...

PM Amat Terkejut Serangan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata...

Perkukuh Ukhwah Sempena Hari Raya Aidilfitri

KUKUH… Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru rakyat Malaysia khususnya umat Islam memperkukuhkan ukhwah hubungan sesama insan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO itu berkata jalinan ukhwah mampu memelihara keharmonian umat yang pelbagai latar kehidupan, budaya, keturunan dan pegangan agama untuk sama-sama membina negara.

Bekas timbalan perdana menteri itu juga mengingatkan umat Islam supaya jangan mudah terpancing dengan perbezaan sehingga menimbulkan perpecahan.

“Oleh itu, amat penting kita tanamkan kepada generasi muda agar sentiasa bertoleransi terhadap perbezaan, jangan memaksakan kehendak yang belum tentu kebenarannya.

“Menjadi Muslim yang sentiasa merangkul bukan memukul, mengajak bukan mengejek, sentiasa mendidik bukan mengherdik dan yang sentiasa bertoleransi akan perbezaan, kerana perbezaan itu indah jika mengambil kira dari segi positifnya.


“Sesungguhnya pengajaran terpenting adalah perdamaian itu harganya sangat mahal,” katanya dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri, hari ini.

Ahmad Zahid turut mengajak semua lapisan masyarakat pelbagai bangsa dan agama untuk bersama menyambut Aidilfitri bersama umat Islam sebagai lambang perpaduan. – BERNAMA

Kategori