Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Najib Tiba Di Amerika...

WASHINGTON - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini Isnin...

TPM Umum Penubuhan Pusat...

BEIJING - Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan penubuhan Pusat Pengembangan Bahasa...

Sesi Persekolahan Bersemuka Hanya...

PETALING JAYA – Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin memaklumkan hanya sekolah di negeri-negeri...

Wanita Cedera Diserang Mak...

SEORANG wanita telah retak tangan kirinya selepas dia diserang oleh tiga orang mak nyah...

Pertahan Dan Tambah Baik Fungsi Jakim – IKRAM

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) berpandangan fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) wajar dikekalkan namun memerlukan perubahan yang menyeluruh.

Naib Presidennya, Burhanuddin Lukman berkata pertubuhan itu menyokong penuh cadangan kerajaan untuk mengkaji semula peranan institusi berkaitan hal ehwal Islam tersebut.

“Agensi-agensi berkaitan agama Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri seperti Jakim dan lain-lain perlu dikekalkan dengan mengkaji peranan, struktur sistem dan individu peneraju agensi berkenaan.

“Ia penting bagi mengelakkan berlakunya pertindihan di samping dapat meningkatkan kecekapan agensi terbabit,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Burhanuddin berkata cadangan berkenaan adalah antara 13 resolusi berkaitan hal ehwal Islam yang diputuskan dalam Sidang Meja Bulat Ulama dan Asatizah Ikram pada 24 Mei lalu.


Cadangan lain termasuk membasmi ajaran Islam yang ekstrem, menonjolkan ilmuan yang pakar dalam pelbagai bidang secara inklusif dan meningkatkan bidang kuasa mahkamah syariah.

Menurutnya Ikram akan membawa resolusi berkenaan kepada Jawatankuasa Pembaharuan Insitusi di bawah Majlis Penasihat Kerajaan untuk dipertimbangkan. – BERNAMA

Kategori