Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Vietnam Jadi Saksi Jika...

PUTRAJAYA - Pihak Vietnam sedia untuk menjadi saksi sekiranya dakwaan ke atas perampas kapal...

Rasa Bertuah Lihat Kalimah...

KUALA TERENGGANU - "Berasa sangat bertuah kerana dipilih untuk melihat kalimah di langit...

T’ganu Sedia 521 Pusat...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu menyediakan 521 pusat pemindahan yang mampu menempatkan...

5 Sebab Kenapa Suami...

SEPERTI yang kita semua sedia maklum, jumlah wanita di Malaysia sudah melebihi kaum...

Peruncit Kongsi Manfaat GST Kepada Pengguna

KUALA LUMPUR – Anggota Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berharap pengguna akan terus menikmati harga barangan yang lebih rendah, susulan keputusan kerajaan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkadar sifar.

Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) itu berkata, sehubungan itu para peruncit perlu berkongsi kebaikan itu kepada pengguna.

Zeti turut memaklumkan cukai berkadar sifar itu telah meningkatkan perbelanjaan dalam kalangan rakyat.

“Ia sesuatu yang baik. Ramai pengguna mengakui ekonomi semakin rancak sekarang dan ramai orang mula membelanjakan wang.

“Tetapi kami berharap peruncit juga akan berkongsi manfaatnya kepada pengguna,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat harian CEP di Menara Ilham, di sini, hari ini.


Kerajaan Pakatan Harapan melaksanakan GST berkadar sifar berkuatkuasa 1 Jun selepas menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14, pada 9 Mei lepas.

GST yang diperkenalkan kerajaan terdahulu pada 2015 dengan kadar enam peratus akan dihapuskan dan digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula 1 September ini. – BERNAMA

Kategori