Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pengarah, Penerbit Mentega Terbang...

Kuala Lumpur : Pengarah dan penerbit filem kontroversi, Mentega Terbang memfailkan permohonan semakan...

Bayi Digigit, Dicakar Semasa...

KES yang melibatkan penderaan bayi semasa dalam jagaan pengasuh boleh dikatakan sudah sangat...

UMNO Tetap Saman Semua...

KUALA LUMPUR - UMNO akan terus mengambil tindakan saman terhadap kesemua Ahli Parlimen...

Denggi: 9 Atlet, Seorang...

KUALA LUMPUR - Sembilan atlet dan seorang kakitangan Majlis Sukan Negara (MSN) yang...

Piala Dunia: Brazil Nyaris Dimalukan Switzerland

ROSTOV-ON-DON – Jaringan pemain tengah Switzerland, Steven Zuber menerusi tandukan pada babak kedua berjaya memadam gol pendahuluan dijaringkan Philippe Coutinho bagi mengikat juara dunia lima kali, Brazil 1-1 dalam aksi sulung Kumpulan E Piala Dunia, sebentar tadi.

Pemain tengah Barcelona, Coutinho berjaya meletakkan Brazil di depan apabila membuka tirai jaringan menerusi sepakan lencong menarik dari luar kotak penalti pada minit ke-20.

Bagaimanapun, Switzerland yang dilihat kurang menyerlah di jentera serangan pada babak pertama kembali bangkit dengan menjaringkan gol penyamaan menerusi tandukan Zuber berpunca daripada sepakan penjuru pada minit ke-50.

Coutinho mempunyai peluang terhidang bagi meledak gol kedua peribadi dalam perlawanan itu tetapi percubaannya tersasar sebaik babak kedua bersambung.

Keputusan seri itu menyaksikan Serbia kini memimpin carta Kumpulan E selepas berjaya meraih tiga mata hasil kemenangan 1-0 ke atas Costa Rica dalam perlawanan yang berlangsung sebelum itu. – Reuters

Kategori