KALININGRAD – Legenda England, David Beckham akan bersorak untuk skuad Gareth Southgate yang akan menentang Belgium awal pagi esok.
Bekas kapten England itu dijadualkan bakal berada di Stadium Kaliningrad untuk menyaksikan skuad Southgate yang semakin menyerlah, menentang Belgium dalam perlawanan yang akan menentukan siapa bakal mendahului Kumpulan G.
Southgate dan Beckham adalah rakan sepasukan ketika mereka mewakili England dan jurulatih itu berkata: “Saya menerima mesej daripada David sebelum kejohanan dan selepas perlawanan pertama atau kedua kami.
“Seronok apabila kami mendapat sokongan, baik menerusi media atau secara langsung.
“Namun kejohanan ini adalah mengenai pemain kami ketika ini dan inilah peluang mereka untuk mencatat sejarah.
“Tumpuan kami kini adalah untuk pemain generasi sekarang.” – Agensi