Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Perjanjian Alih Kuasa PM...

KUALA LUMPUR - Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) hari ini mendedahkan peralihan kuasa daripada...

Nik Nazmi Tuduh Peguam...

KUALA LUMPUR - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad menuduh...

Bekalan Telur Ayam Cukup...

PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menjangkakan bekalan telur ayam bagi sambutan Aidilfitri...

Tiada Cadangan Semak Semula...

KUALA LUMPUR - Kerajaan buat masa ini tidak bercadang menyemak semula hukuman sebatan...

Piala Dunia: Impian Iran Belum Berkubur

KAZAN – Impian Iran untuk mara ke pusingan kalah mati masih belum tertutup meskipun tewas 1-0 di tangan Sepanyol awal pagi tadi, namun jurulatihnya, Carlos Quieroz mengakui anak buahnya perlu berjuang habis-habisan pada aksi terakhir peringkat kumpulan menentang negara kelahirannya, Portugal, minggu depan.

Queiroz menegaskan pemainnya berhak mendapat pujian kerana menampilkan aksi yang begitu kemas sebelum dikecewakan gol ‘pelik’ Diego Costa, dan jaringan mereka tidak dikira selepas dinilai semula menerusi Video Bantuan Pengadil (VAR).

“Kami bersedia untuk menderita dan bersaing dalam usaha memenangi perlawanan ini. Bola sepak bukanlah begini, namun adil untuk menyatakan betapa kami layak mendapat keputusan yang lebih baik.

“Namun ini baru set pertama. Kalau kita bandingkan dengan tenis, set kedua kami adalah menentang Portugal. Kami masih lagi boleh bermimpi untuk mara ke pusingan seterusnya.”

Iran bergantung sepenuhnya kepada kekentalan benteng pertahanannya untuk tempoh 54 minit perlawanan sebelum bola terbias mengenai lutut Diego Costa dan memasuki gawang untuk gol kemenangan lawan.


Queiroz enggan mengulas mengenai keputusan VAR yang membatalkan jaringan Saeid Ezatolahi kerana berada dalam kedudukan ofsaid, sebaliknya menyatakan ia satu kerugian apabila sistem itu belum digunakan pada Piala Dunia 2010 yang menyaksikan pasukannya, Portugal tewas di tangan Sepanyol menerusi jaringan kontroversi.

Kemenangan mereka ke atas Maghribi pada aksi pertama menyaksikan mereka kini ketinggalan satu mata di belakang Portugal dan Sepanyol dengan detik penentuannya adalah pada aksi bertemu juara Eropah itu di Saransk, Isnin ini.

“Kami begitu bersemangat untuk mengharungi perlawanan terakhir ini. Kami tahu ia sukar, namun kami tidak datang ke sini dengan mengharapkan perkara yang mudah. Hanya satu perkara dalam fikiran kami.” – AFP

Kategori