Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

7,000 Sertai Program World...

KUALA LUMPUR - Alunan ayat suci al-Quran sekali lagi bergema di sekitar Universiti...

Pemuda PAS P.Pinang Lapor...

BUKIT MERTAJAM - Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) hari ini membuat...

PDRM Sahkan Nur Sajat...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz...

Video: Geng Makcik Kangkang...

SIAPA sangka perwatakan bertudung dan lagak 'emak-emak'  sebenarnya merupakan lakonan semata-mata.Di Sabah, gelagat sekumpulan empat...

Piala Dunia: Kehadiran Salah Bakal Cabar Tuan Rumah

MOHAMED Salah dijangka memberikan saingan sengit pada tuan rumah bagi perlawanan Rusia menentang Mesir dalam Piala Dunia yang dijadualkan akan berlangsung pada 20 Jun ini.

Lapor akhbar tempatan, keputusan mahu menurunkan Salah beraksi sepenuhnya semasa perlawanan menentang Rusia kelak bergantung kepada tahap kercergasan bintang Liverpool itu.

Kecederaan bahu kiri dialami ketika perlawanan akhir Liga Juara-Juara tiga minggu lalu menyebabkan Salah terpaksa berada di bangku simpanan ketika perlawanan Mesir menentang Uruguay yang menyaksikan pasukan tersebut tewas 0-1.

Bagaimanapun, doktor pasukan Mesir dan ejennya telah mengesahkan kecergasan 100 peratus pemain itu, memberi isyarat Salah bakal diturunkan dalam baki perlawanan Mesir di Piala Dunia.

Perlawanan pembukaan Piala Dunia lalu menyaksikan kemenangan berpihak kepada Rusia 5-0 menentang Arab Saudi telah memberi sedikit keyakinan pada Rusia untuk mencabar Mesir.

Denis Cheryshev yang meledakkan dua gol ketika Rusia menentang Arab Saudi mengakui jika Salah bermain, perlawanan akan menjadi lebih menarik.


“Jika dia tiada di situ, adakah ia bermakna tugas kami menjadi mudah? Tidak sama sekali. Jika dia beraksi, ia menjadi sukar tetapi lebih menarik.

“Dia salah seorang yang terbaik dan anda sentiasa mahu bersaing dengan yang terbaik dan seterusnya menang.” kata Cheryshev.

Denis Cheryshev menjaringkan dua gol ketika menentang Arab Saudi semasa perlawanan pembukaan lepas.

Rusia kehilangan seorang tonggaknya, Alan Dzagoev yang dijangka terpaksa melupakan baki saingan akibat kecederaan hamstring.

Selepas menentang Mesir, Rusia akan berhadapan Uruguay yang pasti memberi cabaran besar buat mereka untuk menentang juara dunia dua kali itu.  MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori