Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

KPKT Peruntuk RM1 Juta...

PUTRAJAYA - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) membenarkan pemilik restoran atau kedai...

Dr Zaliha Nafi Salahuddin...

ALOR SETAR: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, menafikan khabar angin mendakwa Menteri Perdagangan...

Lelaki Saman Pelakon China...

SEORANG lelaki di Shanghai telah memfailkan saman kepada seorang pelakon wanita popular di...

Sultan Johor Mula Kembara...

JOHOR BAHRU - Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2017 edisi ke-20 selama empat hari...

Piala Dunia: Neymar Cedera, Tamparan Buat Brazil

KEM Brazil menerima berita buruk apabila bintang sensasinya, Neymar terpaksa meninggalkan sesi latihan hari ini selepas kecederaan buku lali kanan yang serius.

Ia tamparan buat juara dunia lima kali itu menjelang aksi kedua Piala Dunia menentang Costa Rica, Jumaat ini yang mana mereka perlu menang selepas sekadar seri dengan Switzerland 1-1 dalam aksi pertama.

“Neymar meninggalkan sesil latihan hari ini dengan kecederaan di bahagian buku lali kanan,” kata jurucakap Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF), Vinicius Rodriguez.

Kecederaan itu dikatakan berpunca susulan daripada beberapa kekasaran yang dilakukan ke atas Neymar ketika aksi menentang Switzerland di Rostov-on-Don.


Rodriguez berkata masalah yang dialami pemain Paris Saint Germain itu adalah di bahagian buku lali dan bukannya kakinya yang patah yang menyaksikan dia terlepas aksi liga bersama kelab itu sehingga penghujung musim.

“Sebaik dia berasa sakit, dia terus ke fisio. Dia akan berada di sana untuk hari ini dan esok (Rabu pagi) dan akan menjalani latihan seperti biasa esok,” katanya. – AFP

Kategori