Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

19 Individu Terperangkap Di...

Sembilan belas individu yang terperangkap akibat kejadian kepala air di pusat peranginan Risda...

Dua Beradik Rempuh Kedai...

ALOR SETAR - Perbuatan dua beradik menghidupkan enjin kereta milik ibu mereka menyebabkan...

“Tak Mahu Masuk Penjara,...

“SAYA tak mahu masuk penjara. Saya sudah tua, ada penyakit jantung, sakit pinggang,...

APMM Rampas 14,000 Liter...

KUALA TERENGGANU - Cubaan nelayan warga Vietnam menggunakan bot kargo tempatan untuk menyeludup...

Piala Dunia: Perancis Terus Ungguli Kumpulan C

GAH… Perancis mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati selaku juara Kumpulan C selepas terikat seri tanpa jaringan menentang Denmark di Stadium Luzhiniki, Rusia sebentar tadi.

Skuad Les Bleus itu muncul sebagai juara kumpulan hasil tujuh mata akan bertemu naib juara Kumpulan D di Arena Kazan pada 30 Jun ini dengan saingan kedua-dua pasukan tersebut masih lagi terbuka.

Untuk rekod, Kumpulan D menyaksikan Croatia menewaskan Iceland 2-1 di Arena Rostov, manakala Argentina benam Nigeria juga 2-1 di Stadium Saint Petersburg.

Denmark turut menempah tiket ke pusingan 16 pasukan terakhir setelah mengutip lima mata akan menghadapi juara Kumpulan D di Stadium Novgorod pada 1 Julai.

Sementara itu, dalam satu lagi aksi perlawanan kumpulan sama menyaksikan Australia dikejutkan dengan kekalahan 2-0 di tangan Peru di Stadium Fisht.


Peru yang sudah pun tersingkir berada di depan seawal minit ke-18 menerusi jaringan Andre Carrillo sebelum Jose Paolo Guerrero mengukuhkan kedudukan 32 minit kemudian.

Keputusan itu membolehkan Peru menamatkan saingan di tangga ketiga dengan tiga mata manakala Australia di kedudukan tercorot hasil satu mata. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori