Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

KP Imigresen Nafi Berita...

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen tidak pernah membuat sebarang cadangan atau syor untuk memberi...

FAM Diminta Selesai Isu...

KUALA TERENGGANU - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diminta membantu untuk mendapatkan tiket tambahan...

RM500 Untuk Kakitangan, Pesara...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memberikan bantuan tunai RM500 secara ā€˜one-offā€™ kepada lebih...

LPT2 Mohon Maaf Isu...

LPT2 Sdn. Bhd. memohon maaf berhubung kekeliruan yang timbul dalam kalangan pengguna susulan...

Piala Dunia: Rusia Intai Misi Ke Pusingan Kalah Mati

TUAN rumah Piala Dunia 2018, Rusia semakin hampir mara ke pusingan kalah mati selepas lakar kemenangan 3-1 ke atas Mesir dalam perlawanan kedua Kumpulan A di Stadium Saint Petersburg, sebentar tadi.

Tempat Rusia di pusingan kalah mati bakal terjamin jika Uruguay tidak tewas di tangan Arab Saudi dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A, malam ini.

Jika Uruguay menewaskan Arab Saudi dengan keputusan 3-0, ia akan memastikan tempat pasukan dari benua Amerika Selatan itu dan Rusia ke pusingan kalah mati biarpun berbaki satu perlawanan peringkat kumpulan.

Terdahulu, Ahmed Fathi memberi gol pendahuluan kepada Rusia apabila tertampan bola masuk ke gawang sendiri, dua minit selepas babak kedua bermula.


Rusia terus mengukuhkan kedudukan apabila meraih gol kedua menerusi jaringan Denis Cheryshev pada minit ke-59 sebelum Artem Dzyuba meledak gol ketiga pasukan itu pada minit ke-62.

Penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah yang kali pertama beraksi sejak mengalami kecederaan bahu ketika final Liga Juara-Juara bulan lalu menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-73. – Reuters

Kategori