Friday, January 10, 2025

Creating liberating content

Gambar: Kecantikan Model Berusia...

SEORANG wanita berusia 59 tahun dan selayaknya digelar nenek kerana sudah memiliki dua...

RM2j Bagi 7 Pusat...

HULU TERENGGANU - Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah memperuntukkan kira-kira RM2 juta untuk...

Caliph Buskers Keluar Single...

SELEPAS meraih kejayaan layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) menerusi...

Subsidi Petrol: Keputusan Yang...

SEREMBAN – Keputusan kerajaan memberikan subsidi kepada pemilik kenderaan berkapasiti enjin 1,500cc dan...

Piala Dunia: Tamparan Hebat Skuad ‘Taeguk Warrior’

SEOUL – Korea Selatan yang hampir tersingkir dari Piala Dunia dan mempunyai peluang tipis meneruskan kemaraan dipalit malang apabila kaptennya, Ki Sung-yueng terpaksa diketepikan pada perlawanan terakhir bertemu Jerman.

Skuad diberi julukan ‘Taeguk Warriors’ itu tewas dua aksi di peringkat kumpulan namun masih boleh layak ke pusingan kedua sekiranya menewaskan penyandang juara itu sambil mengharapkan Mexico menundukkan Sweden, Rabu ini.

Tetapi, hasrat mereka untuk mencipta kejutan berdepan tamparan apabila Ki terlepas aksi wajib menang itu di Kazan selepas mengalami kecederaan betis ketika aksi bertemu Mexico, kelmarin.

“Pemeriksaan di hospital mendapat Ki mengalami kecederaan di otot betis kirinya,” kata Yonhap News yang memetik laman web rasmi pasukan kebangsaan Korea Selatan, hari ini. “Dia memerlukan tempoh dua minggu untuk pulih.”

Selain itu, Yonhap menjelaskan Persatuan Bolasepak Korea Selatan (KFA) akan menghantar aduan rasmi kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) terhadap insiden yang membawa kepada jaringan kedua Mexico pada aksi Sabtu lalu.


Pengadil, Milorad Mazic tidak mengambil tindakan ke atas Hector Herrera yang melakukan terjahan keras ke atas Ki yang membolehkan Mexico melancarkan serangan balas pantas yang disudahkan Javier Hernandez untuk kedudukan 2-0.

KFA turut mempersoalkan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) yang tidak digunakan untuk melihat kembali insiden yang disifatkan pengendalinya, Shin Tae-yong sebagai ‘100 peratus salah’.

“Kami hanya mahu meluahkan rasa kesal kami dan memastikan agar insiden sebegini tidak lagi akan berlaku pada perlawanan kami yang berikutnya.”Reuters

Kategori