Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Perkampungan Haram Ulu Rening...

HULU SELANGOR - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menerima aduan mengenai perkara melanggar...

Spritzer Tampilkan Stesen “Air...

KUALA LUMPUR - Spritzer Malaysia (Spritzer) dan Pavilion Kuala Lumpur meraikan Hari Bumi...

Penting Untuk Malaysia Memperkukuhkan...

KUALA LUMPUR - Adalah penting untuk Malaysia terus memperkukuhkan daya tahannya daripada sebarang...

Tun Dr Mahathir Berseloroh...

LONDON - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kembali menerajui tampuk pemerintahan...

Polis Kelantan Rampas Dadah RM89 Juta Sejak Januari

KOTA BHARU – Polis Kelantan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM89.1 juta dan menahan 64,188 individu termasuk 3,958 warga asing yang terlibat dengan kegiatan dadah sejak Januari sehingga Selasa lepas.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata operasi membanteras dadah diteruskan dengan unit-unit sedia ada dan dari Bukit Aman ditempatkan di sekitar sempadan Thailand-Malaysia di negeri ini yang sering menjadi tumpuan penyeludup membawa masuk bahan terlarang.

Dalam kejadian terbaharu pada Selasa lepas, sepasukan anggota dari Bukit Aman menahan seorang lelaki berusia 43 tahun di sebuah rumah di Kampung Paloh, Wakaf Bharu, Tumpat, katanya pada sidang berita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini..

Dalam serbuan 3.45 petang itu, katanya, polis turut merampas 2,000 biji pil kuda dianggarkan bernilai RM20,000.

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku memperoleh pil kuda itu dari negara jiran dengan kos RM11,000. Ekoran penangkapan lelaki itu, polis kemudian membuat serbuan di tiga lokasi di Pasir Mas dan Tumpat sejam kemudian.

“Dalam serbuan itu polis menahan lima lelaki termasuk seorang warga negara jiran berusia antara 21 hingga 51 tahun mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Kesemua mereka memiliki rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah,” katanya.


Hasanuddin berkata polis turut menyita tujuh kenderaan mewah bernilai RM524,000 dalam serbuan itu termasuk Nissan Fairlady, Toyota Camry dan Chevrolet serta wang tunai sebanyak RM77,900.

Kesemua yang ditahan itu direman tujuh hari sehingga 12 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Kategori