Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Remaja Maut Tersepit Lif...

ALOR SETAR - Seorang remaja lelaki maut selepas tersepit pada lif mengangkat barang...

Kepantasan Pemain Indonesia Ini...

KEPANTASAN pemain bola sepak divisyen pertama Liga Indonesia ini yang memecut laju sebelum...

Seorang Maut, Empat Cedera...

ALOR SETAR - Seorang maut manakala empat lagi cedera selepas kereta dinaiki lima...

Sultan Johor Rasmi Sambutan...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan...

Polis Marin Tahan 18 Pati Indonesia Masuk Tawau

TAWAU – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan 18 pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indonesia menyusup masuk ke Tawau, malam tadi.

Pegawai Pemerintah PPM Tawau, DSP Mohd Nazri Ibrahim berkata kesemua pati berusia antara dua hingga 27 tahun itu ditahan pukul 10.30 malam selepas bot laju dinaiki mereka terlanggar tiang rumah atas air di kampung tersebut.

“Semasa membuat pemantauan di kawasan Laut Batu 4 dengan menggunakan bot samaran ternampak bot mencurigakan bergerak dari arah Sungai Nyamuk, Indonesia menghala ke daerah Tawau.

“Semasa cuba ditahan, bot memecut laju dan memasuki perkampungan rumah atas air sebelum bot melanggar tiang rumah dan kesemua mereka melarikan diri dengan terjun ke laut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Nazri berkata hasil pemeriksaan terdapat tiga lelaki, lapan wanita serta lima kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan ditahan yang kesemuanya tidak memiliki dokumen perjalanan sah.


Kesemua pati di bawa ke Pangkalan PPM Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63. – BERNAMA

Kategori