Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sentimen Politik Sempit Rosakkan...

GOLONGAN Pakatan Harapan (PH) dan penyokong mereka begitu gembira hendak merayakan kemerdekaan pada...

3 Beradik, Rakan Maut...

KUANTAN – Memandu dalam keadaan mengantuk dipercayai menjadi punca kemalangan yang melibatkan sebuah...

MH17: Malaysia Terus Desak...

KUALA LUMPUR - Perjuangan mencari kebenaran dan keadilan berhubung penembakan jatuh pesawat MH17...

Kerajaan Akan Bincang Syor...

PUTRAJAYA: Cadangan supaya kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian majikan dinaikkan...

Polis Sabah Minta Musa Aman Tampil Bantu Siasatan

KOTA KINABALU – Polis Sabah menggesa bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang ‘hilang’ tampil bagi membantu siasatan susulan laporan polis yang dibuat Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada 19 Mei lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata dengan kehadiran bekas Ketua Menteri itu akan dapat membantu untuk melengkapkan dan menyegerakan siasatan pihak polis.

“Sebagai pemimpin beliau (Musa) perlu tampil membantu melengkapkan siasatan, polis akan meneruskan siasatan dengan merujuk kepada timbalan pendakwa raya dan apa juga keputusannya, kita akan menanti,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Razaruddin Hussain @ Abd Rasid kepada Datuk Omar Mammah dan Ketua Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT), ACP Ramli kepada DSP Wong Leong Meng di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Kepayan di sini hari ini.

Pada 19 Mei lepas, Juhar membuat laporan polis terhadap Musa dipercayai ada kaitan tentang intimidasi jenayah terhadap beliau selepas Musa memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Juhar dan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagi memohon pengisytiharan bahawa beliau kekal sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah.


Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah di hadapan Juhar pada 10 Mei selepas memperoleh majoriti mudah 31 daripada 60 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 apabila dua wakil rakyat pembangkang mengisytiharkan sokongan kepada BN Sabah yang memenangi 29 kerusi.

Bagaimanapun dua hari kemudian, Mohd Shafie mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri apabila mendapat majoriti mudah membentuk kerajaan selepas beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN beralih sokongan kepada Warisan dan gabungan Pakatan Harapan, yang juga memenangi 29 kerusi. – BERNAMA

Kategori