Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lawatan TPM Ke Kem...

COX’S BAZAR (Bangladesh) - Sewaktu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid...

15 Negara Eropah Gesa...

BRUSSELS – Sebanyak 15 negara Eropah menandatangani kenyataan menggesa Israel untuk membatalkan rancangan...

“Ainul Mardhiah, Janji Kamu...

ADIK Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang telah selamat menjalani pembedahan di London bagi...

Kemungkinan Gelombang Keempat Susulan...

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini mengingatkan rakyat Malaysia mengenai kemungkinan...

Polis Tahan Lelaki, Rampas 3 Laras Senjata Api

PENAMPANG – Polis menahan seorang lelaki tempatan dan merampas tiga laras senjata api buatan sendiri atau ‘bakakuk’ dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Kibunut dekat sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Penampang DSP Mohd Haris Ibrahim berkata suspek berumur 46 tahun itu ditahan pada 1.37 pagi dan polis turut merampas beberapa barangan dipercayai digunakan untuk memproses senjata api berkenaan.

“Antara barangan dirampas termasuk 184 butir peluru, satu peluru hidup, enam butir kelonsong dan enam komponen senjata api yang belum siap diproses serta perkakas membuat bakakuk,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di sini, hari ini.

Mohd Haris berkata suspek yang pernah bekerja sebagai pekerja pembersihan dipercayai mengambil peluru yang dimiliki itu ketika menjalankan kerja-kerja pembersihan di sebuah bangunan agensi keselamatan.

“Senjata api itu dibuat bertujuan untuk kegunaan sendiri dan berkemungkinan dijual tetapi polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesahkan maklumat berkenaan,” katanya.

Katanya jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata 1960, boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.

Sementara itu, lima suspek berumur 20-an hingga 35 tahun termasuk seorang wanita ditahan dalam dua serbuan berasingan di kawasan Penampang, Jumaat lalu.

Mohd Haris berkata serbuan di hadapan sebuah hotel di Bundusan pada 6 petang itu berjaya menahan sebuah kenderaan Perodua Axia yang dinaiki pasangan kekasih dan hasil pemeriksaan polis menjumpai satu bungkusan daun kering dipercayai ganja.


Beliau berkata hasil siasatan turut mendapati urusan jual beli ganja berkenaan melalui aplikasi WeChat daripada seorang lelaki yang berada di Chow Kit, Kuala Lumpur dengan harga RM2,000 sekilogram.

“Anggaran berat ganja yang dirampas itu lebih kurang enam gram dan pada masa sama polis turut menahan rakan suspek yang sedang menuju ke arah kenderaan pasangan itu sebelum suspek membuang bungkusan dipercayai ganja yang ada bersamanya,” kata beliau.

Dalam serbuan di Bukit Kampung Baru Luyang kira-kira 1.30 petang itu, polis menahan dua suspek termasuk seorang pendatang asing tanpa izin yang sedang membungkus syabu.

“Ketika serbuan, salah seorang suspek cuba melarikan diri dan terjatuh menyebabkan suspek mengalami kecederaan ringan. Ujian air kencing salah seorang suspek didapati positif dadah,” katanya. – BERNAMA

Kategori